Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, July 12, 2013

JOM KITA BANTU SATU LAWAN SATU !







Walaupun cuaca mendung dengan hujan renyai-renyai serta tiupan angin dari Laut Cina Selatan, ia bakal menambah semangat lagi kedua-dua calon serta penyokong masing-masing berkumpul di dua lokasi berbeza, sekalipun dalam bulan Ramadan.

Calon PAS Azlan Yusof adalah ahli perniagaan bersama kepimpinan parti itu berhimpun di persimpangan lampu isyarat berdekatan Pejabat Agama Daerah Besut.

Hanya PAS dan Barisan Nasional (BN) sahaja mengemukakan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut.

Pada penamaan yang berakhir sebentar tadi, PRK Kuala Besut menyaksikan pertembungan antara calon PAS, Azlan @ Endot Yusof dengan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman.

Pegawai pengurus PRK N01 Dun Kuala Besut itu, A. Rahim Jusoh, Azlan ketika mengumumkan demikian berkata, Azlan mengemukakan borang penamaan calon pada jam 9.03 pagi, diikuti Tengku Zaihan tujuh minit kemudian.

Beliau menjelaskan bahawa tiada calon yang ditolak sehingga waktu penamaan ditutup jam 10 pagi.

BESUT: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengetuai perarakan calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Kuala Besut, pagi ini.

Perarakan sejauh kira-kira dua kilometer menuju tempat penamaan calon di Kompleks Rakan Muda Besut itu turut disertai Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan Pesuruhjaya PAS Terenggani, Mohd Abdul Wahid Endut.

Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali juga turut mengiringi calon PAS, Azlan Yusof yang disertai kira-kira 5,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

No comments: