Komen : Kenapa Kerajaan BN nak buat rumah transit kununya untuk membantu pasangan baru berkahwin? Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah. Cara terbaik ikut cara Kerajaan PR Selangor. Sebaiknya kerajaan kena buat pakej katakan setiap tahun 10,000 rumah pangsa dan 10,000 apartmen
yang sudah siap. Sediakan sistem pengkalan data yang disambung ke Kementerian Perumahan. Jadinya, bila ada pasangan berdaftar untuk berkahwin maka bergantung pada jumlah gaji pasangan jika bawah RM2,000 ditawarkan rumah pangsa dengan bayaran bulanan sekian atau buat pinjaman. Bagi gaji RM3,000 ke bawah ditawarkan rumah apartmen dengan bayaran bulanan sekian.
Kesan positifnya ialah kerajaan dapat kawal pertambahan setinggan malah menghapuskan jika proses kemasukan dan perlaksanaan rumah rakyat baru seiring dengan sistem pengkomputeraan . Kerajaan juga dapat ujudkan pengkalan data rakyat yang sudah ada rumah dan yang belum ada rumah. Bagi kes setinggan kerajaan boleh hukum sesiapa yang sudah ditawar rumah tapi duduk di rumah setinggan. Bagi rakyat asing, kerajaan kena adakan undang-undang keras bahawa mereka(Pendatang Tanpa Izin) tidak boleh membina rumah setinggan. Mereka dibenarkan menyewa rumah. Sedemikian rumah-rumah terbengkalai boleh disewa kepada mereka (PTI).
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata program dijangka dilaksana tahun depan.
Kerajaan akan memperuntukkan 10 peratus daripada rumah kos rendahnya untuk disewa pasangan ini selama dua tahun dan tumpuan program adalah di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur, katanya.
"Pada pandangan kerajaan, dalam tempoh dua tahun mereka mampu berdiri sendiri untuk mencari jalan membeli rumah pertama kerana mereka tidak boleh tinggal di rumah transit selama lamanya," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.
Abdul Rahman berkata rumah transit itu akan disewa pada kadar RM124 sebulan, sama seperti kadar yang dikenakan kepada penyewa di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR).
Ketika ditemui pemberita kemudian, Abdul Rahman berkata kementerian itu menyasarkan untuk melancarkan projek rumah transit itu di Kuala Lumpur tahun depan.
Sebagai permulaan katanya kerajaan bercadang mengkhususkan 10 peratus daripada setiap projek PPR sedia ada dan yang bakal dibina untuk dijadikan rumah transit itu.
"Kalau boleh saya mahu seluruh blok bangunan itu dijadikan rumah transit. Kita mungkin menjadikan rumah PPR sebagai rumah transit," katanya menambah dalam jangka panjang kerajaan berharap dapat menyediakan 5,000 unit rumah transit di seluruh negara.
Katanya beliau juga merancang untuk berbincang dengan Kementerian Wilayah Persekutuan bagi mengambil alih Flat San Peng di Pudu untuk dijadikan projek rumah transit bagi pasangan muda.
Abdul Rahman berkata selain berpendapatan bulanan kurang daripada RM3,000, kriteria lain yang melayakkan pasangan muda memohon rumah transit ialah berusia di bawah 30 tahun. - Bernama
No comments:
Post a Comment