Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, July 12, 2013

MB BARU TURUN MELAWAT!

BACHOK: Kesedihan keluarga Allahyarham Hashim Mat Zain yang ditembak di Bachok tiga hari lepas turut mendapat perhatian kerajaan negeri apabila dilawati Menteri Besar hari ini. Ustaz Datuk Ahmad Yakob meluangkan masa menziarahi keluarga guru terbabit di Kampung Sungai dekat ini. Hadir sama Adun Perupuk, Huzaimi Che Hussin.

Pada kejadian Isnin lalu arwah dilaporkan ditembak sebaik sahaja keluarga dari Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Tawang tempat beliau mengajar. Tembakan sebanyak tiga das menyebabkan kereta dipandu mangsa terbabas ke kiri jalan dan terhenti di hadapan rumah seorang penduduk. Beliau mati di tempat kejadian.

Arwah meninggalkan seorang balu dan enam anak. Beliau berasal dari Kampung Tok Dosah, Perupok. Pada kunjungan tersebut Menteri Besar turut menyampaikan sumbangan kepada balu mangsa, Nur Haziani Deraman. Beliau berharap keluarga mangsa bersabar menempuh dugaan tersebut, lebih-lebih lagi sekarang umat Islam sedang menjalani ibadat puasa.(Hrkh

No comments: