Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, July 12, 2013

AMANAT TGNA DARI KB KE KB !

 Tok Guru Nik Aziz dari KB(Kota Baru) turun membantu KB(Kuala Besut) .Foto di atas kelihatan TGNA (kiri) berbincang dengan Tuan Guru Tuan Ibrahim (Ketua Penerangan Pusat).



PESANAN PENTING TGNA KHUSUS UNTUK PENGUNDI/GERAKKERJA DUN KUALA BESUT

BESUT: Biarpun ridak sempat menyertai perarakan, namun Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir pada penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Kuala Besut, pagi ini.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengetuai perarakan calon PAS.

Perarakan sejauh kira-kira dua kilometer menuju tempat penamaan calon turut disertai Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan Pesuruhjaya PAS Terenggani, Mohd Abdul Wahid Endut.

Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali juga turut mengiringi calon PAS, Azlan Yusof yang disertai kira-kira 5,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat.
Sebelum berarak, Tuan Guru Abdul Hadi mengimamkan solat hajat bermula jam 7.45 pagi di Masjid Kampung Raja.

Para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat tiba lebih awal lagi biarpun dalam.keadaan hujan renyai-renyai.

Perarakan ke pusat penamaan calon di Pusat Rakan Muda, Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Besut bermula jam 8.00 pagi.

Calon PAS dan pemimpin Pakatan mulai masuk ke kawasan itu jam 8.30 pagi.
Azlan beserta penyokong dan pencadang memasuki pusat penamaan calon jam 9

No comments: