Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, July 13, 2013

SPEAKER TAK GUNA OTAK? ATAU YANG PILIH SPEAKER BENGONG!


Usul MESIR oleh Ahli PArlimen Temerloh merangkap Ketua Pemuda PAS Malaysia ditolak.

Ustaz Nasharudin telah mengemukakan usul ke Parlimen agar ditangguhkan sidang pada hari khamis bersamaan 11 Julai 2013, untuk membolehkan ahli - ahli Parlimen membahaskan Isu Mesir yang sedang bergolak. Malaysia bukan sahaja perlu nyatakan pendirian tegas tetapi juga tindakan berkesan sebagai sebuah negara anggota OIC dan pula mempunyai hubungan Diplomatik dengan Mesir.

Malangnya usul beliau ditolak dalam kamar oleh pihak yang Dipertua Dewan dengan menggunakan peruntukan Aturan Mesyuarat 23 (1)(i) .

Beliau tetap berpendirian bahawa Malaysia mesti memainkan peranan besar untuk mengecam rampasan kuasa oleh pihak tentera di Mesir , mengguling Presiden Mursi yang jelas menodai serta mengkhianati suara rakyat yang telah dimuktamadkan melalui sistem pilihanraya.

Komen : 
Ia satu pencabulan demokrasi dan Malaysia sebagai sebuah negara pengamal sistem demokrasi tidak selayaknya diam membisu.

Mengapa ada yg pertikaikan bila ada YB mahu bawa usul rampasan kuasa Mesir?Tahukah kita berapa ramai pelajar Malaysia yg menuntut di negara Mesir yg berharap agar dapat meneruskan pelajaran di sana dengan aman?Bagaimana nasib pelajar2 kita yg sudah separuh jalan di sana?. Janganlah Kerajaan Malaysia melalui speaker YB Pandikar Amin mementingkan diri sendiri apabila negara kita dah aman dan lupa atau buat-buat lupa dengan nasib negara Islam yg lain. Sememangnya Malaysia perlu nyatakan pendirian tegas dalam isu ini.

Kalau YB BN  guna otak keislaman mereka , memang tak rugi pun kalau Dewan yang mulia korbankan sehari utk bahaskn isu Mesir.Kenapa isu Mesir disangkut paut dgn politik? Tidak ada  kaitan lansung..siapa lagi nak tolong umat Islam kalau bukan saudara Islam kita juga..Kita bayangkan jika Malaysia mengalami perkara yg sama dan negara lain buat tidak kisah ,Bagaimana? Jangan serah pada Allah jika kita belum berusaha sebaik mungkin.

1 comment:

Anonymous said...

Tobatlah UMNO takkan keluar atau sokong usul selar rampasan tentera di Mesir. Di sana suara rakyat dirampas tentera, di Malaysia suara rakyat dirampas SPR. Manalah mereka mahu sokong usul macam tu... nanti dikatakan Presiden Boneka Mesir sekarang... "hang pun sama malah lagi terar dari kami, kami rampas dengan senjata dan tentera... hangpa rampas negara dengan pewarna makanan je..... ada hati cakap banyakkkkkkkkkk."

Tapi ingatlah bahawa Allah Maha Melihat... dan Allah Lagi Maha Bijaksana... maka Allah bukan boleh diperbodoh-bodohkan oleh UMNO dengan pewarna makanan.... semua tercatat... tunggu satu doa untuk yang diredhai Allah untuk membinasakan UMNO secara keseluruhannya... hatta di kalangan nadi-nadi kerajaan.