Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Saturday, May 25, 2013
TENANG TAPI ADA BULU MEREMANG!
KUALA LUMPUR: Menjelang 2 jam sebelum perhimpunan ramai SuaraRakyat505 yang kan bermula jam 5 petang tadi, keadaan jalan raya menuju ke Padang Timur (Amcorp Mall) iaitu tempat himpunan dijadual berlangsung, dilaporkan masih lagi lancar.
Ada peserta sudahpun tiba di tempat himpunan itu lebih awal dan memaklumkan sehingga jam 3 petang tadi tiada sebarang sekatan jalan raya oleh pihak polis di jalan menuju ke situ.
Kemeriahan himpunan ini juga sudah mula terasa apabila semakin ramai kini sedang menuju ke padang tersebut.
Para peniaga (rezeki murah dan peluang dan ruang untuk mereka) antara yang paling awal mengambil tempat di tepi padang dan mula membuka gerai seawal tengah hari tadi.
Pelbagai barangan dijual bukan sahaja makanan dan minuman, malah juga termasuk barangan lain seperti baju, pengikat kepala dan lain-lain yang berkaitan dengan himpunan hari ini.
Himpunan hari ini adalah anjuran gabungan NGO bagi menyatakan bantahan terhadap penipuan yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Selain wakil parti politik dan aktivis, penganjur juga turut menampilkan individu yang mengalami secara langsung penipuan pada PRU13 lalu.
Mereka dijangka akan berucap bagi berkongsi pengalaman tersebut kepada orang ramai yang hadir.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin polis mampu menangani serta mengawal perhimpunan hari ini dengan cara bijaksana dan berhemah.
Bercakap dalam rancangan bual bicara Hello Malaysia kelolaan Bernama TV malam tadi beliau turut berpesan agar peserta himpunan tidak menimbulkan kekacauan serta provokasi yang boleh menggugat ketenteraman awam.
"Saya harap tidak berlaku sebarang provokasi sama ada daripada peserta perhimpunan mahupun pihak polis sendiri... jangan mencabar serta menghina pihak berkuasa, kita harus faham tugas masing-masing, jangan perlekehkan pihak polis," katanya.-HD
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment