
Antara negeri yang dilaporkan berlaku rampasan itu termasuk Melaka, Negeri Sembilan, Kedah dan Perak.
Menurut Pengurus Pemasaran Harakah, Ahmad Faisal Tawang, pagi ini beliau menerima pangggilan telefon daripada pengedar-pengedar yang memaklumkan pihak KDN menjalankan operasi merampas Harakah.
Katanya, KDN bukan sahaja merampas Harakah di kedai-kedai malah turut menyerbu premis pengedar.
Jelasnya, di Melaka dianggarkan lebih 500 naskah Harakah dirampas manakala di Alor Setar Kedah pula dilaporkan sebanyak 1,000 naskah.
Rampasan di Kedah itu dilaporkan dibuat di atas lori, sebelum sempat akhbar itu diturunkan untuk diagih kepada pengedar dan dijual.
"Di Seremban Negeri Sembilan pejabat pengedar turut diserbu oleh KDN. Tetapi di Kedah pihak KDN tidak menunjukkan kad penguatkuasa dan surat dari KDN yang sah sebelum bertindak," katanya kepada Harakahdaily.
Bahkan beliau turut mendapat maklumat, di Alor Setar KDN menggunakan lima van kementerian itu untuk merampas Harakah.
Harakah yang dirampas adalah Edisi Jumaat 24-26 Mei yang memaparkan tajuk muka depan "GST hadiah BN untuk rakyat"./~harakahdaily
5 comments:
assalamualaikum
KDN and GST malaysian adol...ambik kau
Kata keluaran utk ahli ahli sajerr!!! Yg pi dok jual terbuka tu naper? Dh x ikut peraturan biasalah!!!
"Judi haram untuk orang islam" slogan yg tertulis kt depan premis judi,tapi yg orang islam pi beli buat apa?..sama la juga,harakah di jual untuk ahli sahaja,kenapa bukan ahli pi beli,cuma beza haram hukum dunia dengan haram hukum akhirat..
Maknanya jual kt markas markas pas jer bkn kt kaki lima ngan kedai kedai ada faham ini bkn soal haram halal
Harakah di perentahkan bayar rm50 ribu pada tun mohamad ammar atas fitnah yang dibuat harakah pada pengadu per citer.kata artikel yang di keluarkan adalah benar benar belaka tiada fitnahnya.
Post a Comment