Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Tuesday, May 28, 2013
ANIH ! RM22.70 KEPADA RM27.70?
Pengguna Kecewa, Caj Tol LPT Tiba-Tiba Naik RM5 !!
Seorang pemandu lori terkejut dengan caj kadar tol Lebuhraya Timur Barat (LPT) yang melambung naik dari kadar sebenar. Beliau mendakwa dia membawa lori kelas 2 dari Plaza Tol Kuantan dan keluar melalui Plaza Tol Temerloh. Kadar tol yang tertera pada papan kenyataan Malaysia Thai Development (MTD) untuk jarak tersebut ialah RM22.70. Namun apa yang mengejutkan beliau ialah dia dikenakan caj sebanyak RM27.70 iaitu penambahan caj sebanyak RM5.00 dari kadar sebenar. Persoalannya, adakah kerajaan sudah menaikkan kadar tor secara diam-diam di Lebuhraya Timur Barat?.. Justeru pihak yang berkenaan terutamanya Kementerian Pengangkutan digesa memantau isu ini, kerana ia jelas sesuatu yang amat tidak wajar sama sekali. Adakah kenaikan ini bermula selepas Pilihanraya Umum Ke-13 lalu?, Ini kerana difaham kadar yang biasa tetap digunakan sebelum PRU. Jika ini keadaannya, maka sudah pasti rakyat akan bertambah marah kepada kerajaan UMNO BN kerana mereka sewenang-wenangnya mendahulukan syarikat konsesi lebuhraya terbabit berbanding rakyat. Adakah ini janji PRU BN?]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Saya minta saudara semak dulu dapatkan kepastian terlebih dulu dari pehak pengurusan lpt L/raya .jangan buat fitnah sbb setahu saya harga tpl tersebut sejak dibuka dari temerloh ke kuantan atau sebaliknya adalah sama 27.70 tidak berubah bagi kelas 2.mungkin tersalah cetak dkt papan tanda harga.so saudara kita jangan buat fitnah kerana fitnah itu hukimnya dosa besar dan tergolong orang uang munafik.tq
Apa blog ulama pewaris nabi?.bro kalu ya pun ikut nama nabi dh baik sangat tu tp jangan buat fitnahdosa besar bro.
Post a Comment