Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, May 28, 2013

PENCERAHAN MINDA TERBAIK DARI SHAH ALAM ! BN TERUS TENGGELAM

PAS Bersikap Terbuka, Terima Kritikan AMK
PAS mengambil sikap terbuka dan menerima kritikan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin berhubung isu pertindihan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara dan Sungai Acheh.

“Kenapa nak terasa (dengan AMK) kerana perkara yang tak sepatutnya berlaku sudah berlaku. Mereka ada hak untuk buat aduan dan kritikan.

“Kalau PAS bertanding dikerusi sendiri tiba-tiba PKR nak juga sudah tentu PAS sakit hati, begitu juga (jika terjadi dengan) DAP,” kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad ketika ditemui di Kongres PKR ke-9 di Majlid Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini hari ini.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata PAS Selangor sudah selesai membuat siasatan mengenai isu kerusi DUN Kota Damansara dan sudah menyerahkan laporan kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

“Perlu ada siasatan dan bagi orang yang bertindak salah kalau ada kesalahan maka tindakan perlu diambil.

“Apa yang ditimbulkan Shamsul dalam konteks nak jaga setia kawan dalam PAS, PKR, DAP untuk memperkukuh Pakatan dan PAS mampu menerimanya dengan baik,” katanya.

Shamsul semalam dalam ucapan dasar AMK membidas ‘parti rakan’ dalam Pakatan Rakyat yang melakukan sabotaj dan mencerca calon parti lain semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 semata-mata demi kepentingan peribadi.

“Kita mencela tindakan mencerca calon parti rakan tanpa membawa sebarang bukti kukuh.

“Apakah kita mahu membiarkan amalan tuduh menuduh dan fitnah memfitnah menular dalam Pakatan Rakyat? Apakah kita rela makan daging sendiri?

“Seharusnya sebarang pertikaian atau dakwaan diselesaikan secara dalaman melalui paltform yang sedia wujud.

“Tidak ada kewajaran malah tak masuk akal untuk sebarang pertikaian diluahkan melalui media massa,” katanya.

Ahli Parlimen Bukit Katil itu turut memberi amaran supaya tindakan mengeluarkan watikah menjadi calon dikawasan yang sudah disepakati untuk ditandingi parti rakan tidak lagi berulang pada masa akan datang.

“Kita tidak boleh takut untuk memecat anggota bermasalah. Jika tidak masalah akan menular dan membarah seterusnya merosakkan parti dan Pakatan Rakyat.

“Ini sekaligus akan menafikan keinginan rakyat untuk melihat BN ditumbangkan,” katanya lagi.

Berita ihsan FMT
-Pejabat YB Khalid Samad-

4 comments:

ibnmustaffa said...

Sedikit teguran.

Kota Damansara tidak ditandingi oleh PKR. Ianya ditandingi oleh PSM.

Maka, adalah amat pelik seorang bernama timb pesuruh jaya 3 Selangor boleh berkata PAS 'tikam belakang' PKR.

Harap, Khalid Samad digugurkan sebagai timb pesuruh jaya. Mentalnya tidak bersama perjuangan PAS.

Anonymous said...

Betul bro khalid samad ni x tahu apa apa di buat risak kan pas jer.dia ni lah yang marah sangat masa dato hasan ali serbu gereja dumc dulu dengan jais.apa jadi x pasal dato hasan ali kena pecat.Payah lah pas kalu dia ni ada

pasbs2 said...

jika Ana sbg pimpinan atasan PAS, ana tidak benarkan calon PAS bertanding di mana ada quota calon PR. Kita hanya beri pandangan dan nasihat kepada pimpinan di sana.Jika PKR turunkan calon selain dari PKR maka PKR bertanggungjawab atas tindak tanduknya waima sebelum itu PAS pernah bertanding di situ.Pastikan PR hanya lawan BN kecuali parti bebas.Kebimbangan tempat itu akan kalah bukan faktor utk kita meletakkan calon kita keranan pimpinan atasan yg bermuafakat ..kita ikut saja.

ibnmustaffa said...

Ya. Kita ikut shj. Dan ana lebih wala' kpd presiden PAS dari PR. Itu prinsip ana.

Bukan spt YB Shah Alam yg lebih wala] kpd PKR dari PAS.