Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner
Showing posts with label ihsan pahangdaily. Show all posts
Showing posts with label ihsan pahangdaily. Show all posts

Tuesday, May 28, 2013

ANIH ! RM22.70 KEPADA RM27.70?


Pengguna Kecewa, Caj Tol LPT Tiba-Tiba Naik RM5 !!
Seorang pemandu lori terkejut dengan caj kadar tol Lebuhraya Timur Barat (LPT) yang melambung naik dari kadar sebenar. Beliau mendakwa dia membawa lori kelas 2 dari Plaza Tol Kuantan dan keluar melalui Plaza Tol Temerloh. Kadar tol yang tertera pada papan kenyataan Malaysia Thai Development (MTD) untuk jarak tersebut ialah RM22.70. Namun apa yang mengejutkan beliau ialah dia dikenakan caj sebanyak RM27.70 iaitu penambahan caj sebanyak RM5.00 dari kadar sebenar. Persoalannya, adakah kerajaan sudah menaikkan kadar tor secara diam-diam di Lebuhraya Timur Barat?.. Justeru pihak yang berkenaan terutamanya Kementerian Pengangkutan digesa memantau isu ini, kerana ia jelas sesuatu yang amat tidak wajar sama sekali. Adakah kenaikan ini bermula selepas Pilihanraya Umum Ke-13 lalu?, Ini kerana difaham kadar yang biasa tetap digunakan sebelum PRU. Jika ini keadaannya, maka sudah pasti rakyat akan bertambah marah kepada kerajaan UMNO BN kerana mereka sewenang-wenangnya mendahulukan syarikat konsesi lebuhraya terbabit berbanding rakyat. Adakah ini janji PRU BN?]

Tuesday, June 14, 2011

GARA-GARA PENGETUA KIPSAS PANDAI KIPAS


KUANTAN, 14 Jun - UMNO Pahang sekali lagi mengkhianati hak rakyat, dengan bertindak sewenang-wenangnya menggunakan premis awam untuk aktiviti kepartian. Terbaru, apabila UMNO Bahagian Paya Besar mengadakan persidangan agung tahunan kali ke-16 mereka di Kolej Islam Pahang Sultan Hj.Ahmad Shah (KIPSAS) pada hari Ahad lalu (12 Jun). Persidangan yang dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Zahid Hamidi itu telah mendapat kritikan ramai pihak terutamanya ibu bapa pelajar kolej terbabit. Mereka menghubungi kami dan kecewa melihat apa yang berlaku."UMNO tidak wajar menjadikan IPT sebagai tempat mereka bersidang atau melakukan aktiviti kepartian. Penggunaan sewenang-wenangnya lokasi terbabit jelas telah mencabuli hak kami sebagai ibu bapa yang membayar yuran pengajian anak-anak kami untuk belajar di situ. Kenapa perlu didedahkan aktiviti kepartian di pusat-pusat pengajian tinggi?. Jika dilakukan oleh pembangkang, sudah pasti mereka akan bisinng dan menyalahkan pihak terbabit. Tapi kini mereka tergamak mencemari kolej ini dengan tindakan yang jelas menghancurkan harapan kami sebagai ibu bapa pelajar", kata seorang bapa pelajar terbabit. Tindakan KIPSAS membenarkan Dewan Utama IPT itu untuk dijadikan lokasi persidangan sebuah parti politik itu jelas sekali amat memalukan sebenarnya.

Bukti, banyak bendera parti UMNO diletakkan di pintu masuk ke KIPSAS

Sunday, May 29, 2011

KETIDAKYAKINAN MCA, SAH BN AKAN KALAH!

“MCA perlukan keyakinan. Jika anda teragak-agak, sah kita akan kalah,” kata Adnan

29 Mei - Para pemimpin MCA perlu memperbaiki dan melengkapkan diri jika komponen Barisan Nasional (BN) itu mahu menang lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum ke-13, kata Dato' Seri Adnan Yaakob (foto) di sini malam tadi. Menteri Besar Pahang itu berkata, satu-satunya cara bagi MCA memenuhi matlamat itu adalah pemimpin-pemimpinnya yakin pada kekuatan mereka “Kita harus tahu kekuatan kita sebelum (boleh) menghadapi pilihan raya umum... kita perlu tahu kekuatan kita. “MCA perlukan keyakinan. Jika anda teragak-agak, sah kita akan kalah,” kata Adnan pada sesi pemukiman MCA di sini semalam. Beliau yang juga Pengerusi BN Pahang berkata, apabila MCA diperkuatkan, maka ia boleh bekerja dengan UMNO sebagai perikatan yang mantap. “Kaum Cina mesti diyakinkan bahawa MCA boleh berjuang untuk masyarakat Cina. Kita tidak boleh kata kita ini (menggambarkan) kepelbagaian kaum jika tiada perwakilan Cina dalam BN,” kata beliau. Pada pilihan raya umum 2008, MCA berhadapan dengan prestasi buruk selepas kehilangan lebih separuh daripada kerusi yang ditandinginya. Ia hanya menang 15 daripada 31 kerusi Parlimen yang diperuntukkan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disebut-sebut akan memanggil pilihan raya umum ke-13 bila-bila masa dari sekarang. Desas-desus mengenai tarikh pilihan raya itu berterusan ketika BN masih bekerja keras untuk mendapatkan sokongan pengundi kalangan Cina yang beralih kepada pembangkang tiga tahun lalu. Dalam aspek ini, MCA dan Gerakan dilihat berhadapan dengan saingan DAP, komponen Pakatan Rakyat, bukan sahaja di Pahang tetapi di lain-lain negeri termasuk Sabah serta Sarawak.

Wednesday, January 26, 2011

TAHUN LEPAS RAJA ARAB HADIAH RM7 JUTA, TAHUN INI TIBA_TIBA ISTANA OMAN BELANJA PLAK ! ....

Kenyataan BN (Bini Najib) si Rosmah Mansor kununnya lawatan rasminya ke Oman minggu lalu atas jemputan rasmi dan ditaja sepenuhnya oleh kerajaan negara terbabit. Beliau berkata, semasa di Oman, pihak istana menyediakan semua kemudahan untuk delegasi Malaysia yang terdiri daripada anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti). ''Saya dijemput oleh Menteri Sosial Oman, tapi entah macam mana tiba-tiba istana negara itu dengar (dapat maklumat) saya hendak buat lawatan, pihak istana beri saya semua kemudahan dan mengambil semua tanggungjawab atas lawatan saya ke sana. ''
Datuk Seri Najib tanya apa pendirian saya, saya kata tak tahulah tapi saya diberi status lawatan negara. Rupa-rupanya pihak istana telah memberi semua kemudahan kepada kami termasuk pembayaran minyak (tambang) kapal terbang, semuanya ditanggung oleh pihak istana," katanya.
Jika benarlah dakwaan Rosmah itu, maka ternyata beliau memang hebat dan sungguh menakjubkan. Rasanya sejak zaman berzaman Perdana Menteri Malaysia sebelum ini, kita tidak pernah mendengar satu keistimewaan yang dinikmati oleh Rosmah sebenarnya. Bayangkan, perbelanjaan beliau ditaja oleh pihak istana, maknanya Rosmah sama "standard" dengan Permaisuri Agong atau lain-lain kerabat di Raja. Memang sungguh hebat dan benar-benar mengejutkan seluruh rakyat Malaysia sebenarnya.

Wednesday, July 14, 2010

SEMOGA KEPUTUSAN 20 JULAI AKAN POSITIF PRK P094 SEKALI LAGI

Mahkamah Tetapkan 20 Julai Dengar Permohonan Batalkan Petisyen Pilihanraya Hulu Selangor
KUALA LUMPUR 13 Julai - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 20 Julai ini untuk mendengar permohonan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan untuk membatalkan petisyen pilihan raya yang difailkan oleh Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim.

Eksklusif: Najib Razak Semakin Terdesak Hadapi Pilihanraya, Bongkar Kebenaran Dianggap Fitnah Tetapi Menfitnah Pula Dikatakan Satu Kebenaran
Bagai sudah dijangka, nampaknya perhitungan politik antara PM Najib Razak dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim semakin menjadi-jadi sekarang ini. Episod hentam -menghentam dan dedah-mendedah kini mula digunakan bagi melihat siapakah yang berada dipihak yang benar. Senario ini jelas sekali menggambarkan kepada kita yang bahang Pilihanraya Umum ke-13 sememangnya semakin terasa. Apakah ini petanda ianya sudah terlalu hampir untuk tiba?. Najib perlu membuktikan bahawa rakyat memang sudah kembali menaruh kepercayaan kepada UMNO BN selepas beliau mengambil alih jawatan PM daripada Pak Lah. Namun, beliau harus ingat yang mandat yang ada sekarang ini adalah ketika zaman Pak Lah dan bukan hasil usaha beliau sendiri. Lantaran itulah Najib perlu membuktikan kepada dunia bahawa beliau kini memang sudah popular, bukan sekadar statistik seperti yang didedahkan oleh "puak-puak pengampu UMNO" itu sendiri. Bagi membuktikan siapakah yang kuat sekarang ini maka episod "bongkar membongkar" sudah digunakan. Usaha membongkarkan keterlibatan Najib Razak dengan kes pembunuhan Altantunya, Skandal Kapal Selam, Kes Liwat II, Felda Bangkrap dan sebagainya kini mula mendapat perhatian rakyat. Malah, kini Najib nampak kian tertekan untuk berhadapan dengan asakan bertubi-tubi berkenaan isu Altantunya. Raja Petra dan P.Balasubramaniam yang diburu, kini bebas membongkar apa sahaja dari luar negara. Inilah yang menakutkan beliau sebenarnya. Lantaran itulah, bagi mempertahankan "kebenaran yang kabur" itu, maka kini Najib dan kerajaannya menggunakan apa sahaja cara untuk menjatuhkan imej pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim itu sendiri. Akhirnya mereka kini terpaksa membuat fitnah terhadap pemimpin pembangkang itu, sedangkan dalam masa yang lain mahu rakyat percaya bahawa segala pendedahan yang dibuat terhadapnya adalah fitnah semata-mata. Inilah yang mengelirukan rakyat sebenarnya. Mereka fitnah tidak mengapa, tetapi bila ada isu-isu panas dibongkar terhadapnya maka dianggap ianya sebagai fitnah. Untung benarlah jadi kerajaan jika inilah caranya untuk menutup segala penyelwengan yang berlaku. Sedangkan rakyat itu sendiri tahu dan yakin siapakah yang berada dipihak yang benar atau salah.

Membongkar Kebenaran Adalah Satu Kesalahan

jika pihak pembangkang membuat apa-apa tuduhan terhadap mana-mana pemimpin UMNO BN maka sudah pasti mereka akan melenting dan melakukan berbagai tindakan. Begitu juga jika ada yang mengeluarkan kenyataan atau isu sensitif yang tidak digemari mereka, sudah pasti dianggap fitnah dan akan berhadapan dengan saman serta lain-lainnya. Inilah dia bukti betapa "gusarnya" puak-puak UMNO BN berhadapan dengan rakyat. Mereka mahu rakyat hanya mendapat maklumat sebelah pihak daripada media arus perdana yang dikawal oleh mereka. Mana-mana media alternatif yang cuba membongkar apa jua isu yang sememangnya menjadi realiti, maka mereka akan menakut-nakutkan pihak terbabit dan menggunakan berbagai akta yang ada demi menghalang rakyat mendapat maklumat tersebut. Akhirnya mereka menggunakan senjata itu sebagai jalan terakhir untuk menghalang rakyat. Inilah yang berlaku kepada akhbar Suara Keadilan baru-baru ini. Akibat pendedahan tentang isu "Felda Bangkrap" akhirnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tidak menyambung permit mereka. Namun begitu kita ucapkan syabas dan tahniah kepada Suara Keadilan kerana berjaya menerbitkan juga edisi baru mereka biarpun dihalang oleh pihak-pihak yang berkenaan. Edisi terbaru yang bertajuk "Ada Niat Jahat" kini sudah pun berada dipasaran. Soalnya sekarang, kenapa puak-puak UMNO begitu takut dengan terbongkarnya maklumat-maklumat sulit yang memang menjadi masalah bagi mereka. Umpamanya isu Felda itu sendiri sebenarnya segala maklumat yang didedahkan itu adalah diperoleh daripada sumber dalaman agensi itu sendiri. Mungkin terdapat beberapa pihak yang tidak sanggup lagi melihat team Najib-Yusof Nor-Md Bakke terus merompak duit Felda itu, maka akhirnya mereka membuat pendedahan berani yang cukup panas. Inilah yang menyebabkan pihak itu melenting dan akhirnya cuba untuk "tegakkan benang yang basah".

Friday, May 8, 2009

UMNO LEPAR TERUS MENGELEPAR ! MACAM IKAN TERDAMPAR



Seramai 101 orang ahli UMNO Felda Lepar Utara dekat sini bertindak menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam. Majlis penyerahan borang telah disempurnakan oleh Dato' Fauzi Abd Rahman , Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pahang dan dihadiri oleh kira-kira 200 orang penduduk setempat. Majlis penyerahan borang keahlian semalam telah diketuai oleh Saudara Atan iaitu bekas Ketua Cawangan UMNO Lepar Utara. Menurut beliau, keputusan ini diambil selepas menyedari yang mereka sering ditipu dengan berbagai dakyah yang ditaburkan oleh para pemimpin UMNO selama ini. Sedangkan, nasib dan masa depan generasi Felda pada masa akan datang terus terabai tanpa pembelaan yang sewajarnya. "Pemimpin UMNO setempat pasti gelisah dengan kemasukan kami ini, kerana tonggak kekuatan parti itu di kawasan Parlimen Paya Besar telah berjaya dibolosi. Malah ramai ahli UMNO kawasan ini yang kecewa sebenarnya melihat senario semasa yang menyaksikan Ahli Parlimen dan tiga ADUN dalam kawasan Paya Besar telah dikenakan tindakan tatatertib oleh Lembaga Displin UMNO baru-baru ini. Biarpun mereka tidak mengakui bahawa kes itu melibatkan unsur rasuah politik wang, namun kami yakin dan percaya bahawa unsur itu berlaku. Tambahan rasuah sebenarnya sudah menjadi darah daging UMNO sejak dulu, kini dan selamanya" kata beliau.

[Perkembangan ini bakal menjadikan satu tamparan hebat buat UMNO Paya Besar yang kian bergolak sekarang ini antara Team Ketua Bahagian, Tajuddin Sulaiman dengan Ahli Parlimen, Manan Ismail. Malah difahamkan lebih ramai lagi ahli UMNO dirancangan Felda seluruh Pahang akan bertindak menyertai Pakatan Rakyat. Tahniah diucapkan kepada Pengerusi Biro Felda dan Orang Asli PKR Pahang iaitu, Tuan Hj.Suhaimi Said atas daya usaha beliau yang tidak berputus asa dalam memastikan "Misi Tawan Pahang" berjaya dalam pilihanraya umum akan datang. Buat masa ini, warga Felda menjadi senjata sulit BN untuk menang di Pahang. Mereka disuap, diugut dan disogokkan dengan berbagai habuan supaya mengundi BN dalam setiap kali pilihanraya. Namun, sekarang ini mereka mula sedar akan penyelewengan yang dilakukan oleh pihak pengurusan Felda sendiri semenjak Najib berkuasa. Malah, Felda juga dilihat telah lari dari matlamat asal penubuhannya oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, iaitu ayahanda Najib sendiri].

Tuesday, April 28, 2009

RAKYAT BERSYUKUR MB NIZAR MASIH ADA PELUANG & RUANG DEMI KEBENARAN

Muka tembok Zambry telah dipecahkan.Syukur alhamdulillah.
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Zambry supaya diisytiharkan sebagai MB yang sah. Keputusan itu dibuat oleh kelima-lima hakim. Dalam penghakiman tersebut, mereka sebulat suara berpendapat kes itu perlu dirujuk dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi bukan Mahkamah Federal.

Nampaknya jalan pintas yang cuba diguna oleh Zambry melalui peguam-peguamnya telah dipintas juga oleh para hakim yang arif lagi bijaksana. Zambry gagal menggunakan Mahkamah Persekutuan untuk mengisytiharkannya sebagai MB yang sah.

Dia berbuat demikian sebab tertekan dengan gelombang rakyat yang tidak mengiktiraf sebagai MB yang sah di Perak. Kemana sahaja dia pergi rakyat mencemuhnya dan mengelar MB haram. Dalam kes yang difailkan oleh Zambry pada beberapa hari yang lepas, beliau menuntut Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir:

1) Samada Sultan Azlan Shah mempunyai kuasa menolak permohonan Nizar untuk membubarkan DUN apabila beliau hilang kepercayaan DUN.

2) Apabila Sultan tidak mempersetujui permintaan Nizar, adalah dianggap Nizar dan EXCOnya telah meletak jawatan.

3) Apabila Nizar tidak mahu meletak jawatan, Sultan mempunyai hak untuk melantik Zambry berdasarkan Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, selepas Sultan berpuas hati Zambry mendapat kepercayaan DUN.

Zambry mahu Mahkamah Persekutuan membuat pengiktirafan bahawa beliau merupakan Menteri Besar Perak yang sah dari tarikh perlantikannya iaitu 6 Februari 2009. Zambry membuat permohonan kepada Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Dengan itu, kes permohonan Zambry bagi mengisytiharkannya sebagai MB yang sah akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Posted by MisbahulMunir

Thursday, December 4, 2008

Siasatan Dalam Siasatan Ala Mimpi Dalam Mimpi !

Corect, Correct, Correct ini akan terus disiasat. Tapi pelakon utamanya iaitu Bekas PM... Mahathir langsung tidak disiasat atau didakwa. Bukankah semua kerja hina ini ada kaitan dengan beliau?. Bahkan namanya juga banyak kali disebut. Termasuk juga Tengku Adnan yang kini menjadi orang kanan UMNO. Rakyat sudah boleh melihat bahawa Jabatan Peguam Negara dan BPR sebenarnya sedang mengatur strategi untuk menggagalkan kes ini. Sebab itulah mereka "persetankan" segala maklumat yang diterima.

Tan Sri Rais Yatim Tak Prihatin ke ? Warisan Sejarah Negara

Rumah penghibur nombor satu Asia, Allahyarham Sudirman Hj.Arshad di Kampung Bukit Tok Embun, Mentakab dekat sini musnah dalam kebakaran kira-kira 4 pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Mentakab, Penolong Penguasa Md Yusof Mustafa berkata, kebakaran itu dipercayai berpunca dari api lilin yang mungkin ditinggalkan oleh penagih dadah yang menjadikan rumah itu sebagai sarang menghisap dadah sejak ditinggalkan kosong beberapa tahun lalu.

Sunday, November 30, 2008

M.KAYVEAS JUGA BENCI AKTA ISA


Sunday, November 30, 2008
Eksklusif: M.Kayveas, Parti Progresif Rakyat Akan Keluar BN Jika Akta Zalim ISA Itu Tidak Dipinda !!
KUALA LUMPUR – Parti Progresif Rakyat (PPP) mengancam akan keluar dari Barisan Nasional sekiranya kerajaan tidak membuat sebarang pindaan ke atas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), kata Presidennya, Datuk M. Kayveas.

[Nampaknya berita ini pasti memanaskan telinga para pemimpin UMNO dan kerajaan yang lain. Mereka kini ditentang dari segenap arah oleh parti kompnonen mereka. Jika dilihat senario semasa kini UMNO ditentang oleh PPP dan Gerakan menerusi isu ISA, dan terkini ditentang pula oleh MCA menerusi isu ketuanan Melayu. Walhal kedua-dua isu itu dimulakan dan dimainkan oleh mereka sendiri. Inilah padahnya bila buat tindakan tanpa usul periksa. Akhirnya apa yang dicanang-canangkan bukan sahaja ditolak oleh rakyat malah kroni sendiri].

Saturday, November 15, 2008

NAZRI yakin Pakatan Rakyat Perintah PRU13



KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen (MP) Barisan Nasional (BN) berkeyakinan Pakatan Rakyat (PR) mampu memerintah Malaysia selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. MP BN kawasan Padang Rengas, Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, tidak mustahil PR akan akan mentadbir Malaysia pada PRU 13 jika BN tidak mendengar suara golongan muda pada hari ini. Nazri yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, PRU 12 jelas membuktikan pengundi muda memberi impak besar terhadap keputusan pilihanraya. Sementara itu, Pengerusi Biro Strategi & Hubungan Antarabangsa, Angkatan Muda KeADILan (AMK), Yusmadi Yusoff yang dihubungi Suara KeADILan di sini berkata, pandangan yang diutarakan oleh Nazri itu merupakan suatu pandangan yang ikhlas dari seorang menteri yang cukup berpengalaman. Yusmadi yang juga MP Balik Pulau, berkata, Nazri sebagai seorang menteri yang arif berkaitan kepimpinan sudah pastinya mengetahui realiti sebenar dalam negara ketika ini.

Menurut Yusmadi, golongan muda adalah sekumpulan manusia yang bersifat dinamik, keratif dan tangkas dalam memproses maklumat semasa khususnya isu-isu yang berkaitan kepentingan masyarkat dan negara. Yusmadi yang juga seorang peguam memberi contoh bagaimana blog Anwar Ibrahim menerima kunjungan yang konsisten dari golongan muda. Beliau yang baru dilantik sebagai Pengerusi Masyarakat Madani turut menjelaskan PKR sentiasa membuka peluang kepada setiap golongan muda untuk bergerak dalam KeADILan. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengumumkan bahawa dua juta orang golongan muda yang berumur bawah 21 tahun berpotensi tersenarai dalam daftar pemilih menjelang pilihan raya ke-13.

[Keyakinan yang dibuat oleh Nazri ini juga memang sudah dijangkakan oleh sebahagian besar rakyat Malaysia sebenarnya. Arus perubahan berlaku dimana-mana termasuk di Amerika Syarikat sendiri. Justeru itu, hanya startegi yang dirangka bakal merubah senario ini. Apapun keyakinan itu turut dirasai oleh calon Ketua Pemuda UMNO iaitu Mukhriz Mahathir sebelum ini. Jelas sekali mereka gusar dengan jumlah 2 juta pengundi baru, bermakna harapan besar untuk melihat Pakatan Rakyat berkuasa secara demokrasi akan tercapai. Namun, kita harus ingat bahawa sebahagian besar dari mereka juga sudah ditanam dengan semangat patriorisme dan nasionalisme menerusi Program Latihan Khidmat Negara sebenarnya. Kami amat yakin bahawa 90% anak muda yang lahir dari acuan PLKN sudah pasti akan menyokong UMNO dan Barisan Nasional. Oleh itu, usahlah kita terlalu yakin tanpa melakukan agenda merubah minda mereka. Sama-samalah kita perhebatkan "perang siber" dalam merealisasikan hasrat tersebut. Kerana golongan ini sudah pasti celik ICT semuanya].

Friday, November 14, 2008

BALAS JASA PILIHANRAYA KE 12 ???



Kami akan mendedahkan satu berita yang pasti mengejutkan semua pihak, iaitu perihal MB Pahang Adnan Yaakob dipercayai telah menghadiahkan tanah seluas antara 400-1000 Ekar (Sedang disiasat keluasan sebenar) kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Rashit. Ini adalah sebagai membalas jasa beliau yang mengaturkan strategi "jahat" untuk memastikan kemenangan mutlak UMNO/BN di Pahang dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu. Hasil perancangan tersebut menyebabkan Adnan mendabik dada kononnya BN terlampau "kuat" biarpun "Tsunami Politik" melanda negara . Walhal ini semua adalah percaturan yang telah dibuat oleh Rashit dan Adnan. Lantaran itulah tanah tersebut telah dihadiahkan kepada beliau. Adalah difahamkan, Rashit juga telah dihadiahkan tanah seluas 100 Ekar oleh Khir Toyo di Semenyih Selangor atas jasanya. Namun BN tewas juga di Selangor. Apapun , tunggu pendedahannya di Pahang Daily !!

Thursday, October 30, 2008

Moh ke Ijtima' di Pahang

Ijtima’ Bersama Pimpinan Pakatan Rakyat


KUALA KRAU: PAS Kawasan Kuala Krau akan mengadakan Ijtima’ Bersama Pimpinan Pakatan Rakyat pada 1 - 2 November 2008 ini. Program yang akan diadakan di Tapak Kompleks PAS Pahang akan dipenuhi dengan berbagai acara antaranya pameran dari Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan, Perak dan Selangor, derma darah , rawatan perubatan Islam Darul Syifa, sukaneka , pertandingan mewarna , melukis dan tulisan khat bagi kanak-kanak. Ceramah Perdana oleh YB. Dato’ Hussam Musa dan YB. Ir Amirudin pada 1 November. Manakala pada 2 November pula Ceramah Perdana YB. Dato’ Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan YB. Dato’ Dr. Hassan Ali. Orang ramai dijemput hadir.