
KUANTAN, 14 Jun - UMNO Pahang sekali lagi mengkhianati hak rakyat, dengan bertindak sewenang-wenangnya menggunakan premis awam untuk aktiviti kepartian. Terbaru, apabila UMNO Bahagian Paya Besar mengadakan persidangan agung tahunan kali ke-16 mereka di Kolej Islam Pahang Sultan Hj.Ahmad Shah (KIPSAS) pada hari Ahad lalu (12 Jun). Persidangan yang dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Zahid Hamidi itu telah mendapat kritikan ramai pihak terutamanya ibu bapa pelajar kolej terbabit. Mereka menghubungi kami dan kecewa melihat apa yang berlaku."UMNO tidak wajar menjadikan IPT sebagai tempat mereka bersidang atau melakukan aktiviti kepartian. Penggunaan sewenang-wenangnya lokasi terbabit jelas telah mencabuli hak kami sebagai ibu bapa yang membayar yuran pengajian anak-anak kami untuk belajar di situ. Kenapa perlu didedahkan aktiviti kepartian di pusat-pusat pengajian tinggi?. Jika dilakukan oleh pembangkang, sudah pasti mereka akan bisinng dan menyalahkan pihak terbabit. Tapi kini mereka tergamak mencemari kolej ini dengan tindakan yang jelas menghancurkan harapan kami sebagai ibu bapa pelajar", kata seorang bapa pelajar terbabit. Tindakan KIPSAS membenarkan Dewan Utama IPT itu untuk dijadikan lokasi persidangan sebuah parti politik itu jelas sekali amat memalukan sebenarnya.

Bukti, banyak bendera parti UMNO diletakkan di pintu masuk ke KIPSAS
No comments:
Post a Comment