Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, April 11, 2013

APA KEJADAHNYA BN, KETUA & BEKAS PENGARAH PRAYA SAY 'NO TO UMNO"

Ketua Umno Jengka 9, penyokong sertai PAS
Tuan Ibrahim menerima borang permohonan keahlian PAS daripada Yusof, disaksikan Yohanis dan Dr Hamzah.

JERANTUT: Umno Jerantut khususnya Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Tawar menerima tamparan hebat apabila para peneroka Felda meninggalkan perjuangan parti itu dan menyertai PAS.

Malam tadi, Ketua Umno Cawangan Jengka 9, Yusof Hasan, mengisytiharkan diri menyertai PAS bersama para penyokongnya.

Bekas Ketua Kampung Jengka 9 itu membuat perisytiharan demikian sejurus selepas menyerahkan borang menyertai PAS kepada Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada satu majlis yang diadakan di tanah rancangan Felda itu.

Hadir sama ialah Yang Dipertua PAS Jerantut, Dr Hamzah Jaafar.

Yusof yang menyandang jawatan ketua Umno cawangan selama 20 tahun iaitu dari 1987 hingga 2007 dan menjadi ketua kampung Jengka 9 selama 10 tahun 1997 hingga 2007, turut menyerahkan borang PAS mewakili isteri dan para penyokongnya.

Sementara itu dalam ucapannya, beliau bersama penyokong yang terdiri daripada golongan muda, bertekad untuk menumbangkan BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang kerana sudah menyedari pengkhianatan yang dilakukan terhadap orang Melayu.

Antara lain, beliau juga meyakini tawaran PAS dan Pakatan Rakyat yang akan membela nasib generasi kedua Felda dan rakyat umumnya melalui konsep negara berkebajikan.

Dalam pada itu, Pengarah PAS Dun Pulau Tawar, Yohanis Ahmad, percaya lebih ramai lagi ahli dan penyokong Umno akan menyertai atau membantu perjuangan PAS memandangkan Yusof seorang yang berpengaruh dan dihormati di situ.


Bekas Pengarah Praya ikut Jejak Ketua Pemuda UMNO Bachok Keluar UMNO.
BACHOK: Dato’ Dr Awang Adek yang pernah diuaruarkan sebagai calon Menteri Besar Kelantan, kini semakin gelabah apabila ramai pemimpin Umno di Bachok meninggalkan parti itu. Terbaru Pengarah Pilihan Raya BN parlimen Bachok pada pilihan raya umum 2008, Zulkifli Zakaria menyertai PAS 7 Mac lalu.

Beliau menjejaki langkah bekas Ketua Pemuda Umno Bachok, Dr Zaiyadi Awang Noh, tampil ke pentas ceramah Pakatan Rakyat bagi mendedahkan kepincangan Umno dan kerajaan BN.

Pada Januari lalu seramai 250 penyokong dan ahli Umno dari beberapa cawangan juga menyerah borang menyertai PAS pada program ceramah di Kuchelong.

Tahun lepas bekas anggota jawatankuasa Umno Bachok, Wan Jusoh Wan Ismail dan bekas aktivis Semangat 46, Mustapha Ahmad juga menyertai PAS.

Difahamkan beberapa nama besar lagi dalam Umno Bachok dijangka meninggalkan parti itu dalam masa terdekat ini.

Kini Awang Adek kehilangan rentak dan semakin tempang bagi menyusun jentera menghadapi pilihan raya umum ke-13. Impian Umno mahu merampas Kelantan tambah kelam.

Zulkifli yang juga bekas Ketua Pemuda Umno Bachok dan calon BN di Dun Tawang pada 2004 meluahkan rasa kecewa terhadap Umno kerana mempersendakan agama.

“Banyak saya lihat kenyataan pemimpin Umno tidak serius terhadap agama. Dan paling saya tidak boleh terima apabila mereka mempersendakan hudud dan pemimpin MCA mempertikai larangan berjudi di Kelantan.

“Saat itu bermula kesedaran dalam diri saya. Bukan sekali-kali tuduhan pihak tertentu kononnya Haji Zul sekarang sudah tiada duit sebab itu menyertai PAS.

“Macam-macam tuduhan yang dilemparkan terhadap saya. Sebelum ini saya sudah tidak berminat dengan politik dan berhijrah ke Sabah negeri asal isteri saya.

“Namun kerana teruk sangat Umno memperlekehkan agama, saya muncul kembali di pentas politik,” katanya pada ceramah di Kampung Keting, Dun Jelawat.

Beliau menyerah borang menyertai PAS kepada Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa. Hadir sama Yang Dipertua PAS Bachok, Dato’ Omar Mohamed, Timbalannya, Ustaz Hassan Mohamood, Naib Yang Dipertua, Abdul Aziz Kadir, Dr Zaiyadi dan Ketua Cabang KeADILan Bachok, Mat Yatim Ismail.

Kawasan tersebut adalah kubu kuat Umno dan sukar ditembusi PAS sebelum ini. Ceramah diadakan di rumah Mustapha. Zulkifli berkata, tohmahan Umno mengatakan sekiranya Pakatan Rakyat menang bukan Melayu menjadi perdana menteri tidak timbul sama sekali.

“Kalau betullah tohmahan itu mengapa ketika Umno kuat dan BN mempunyai kuasa dua pertiga di parlimen tidak melakukan pindaan perlembagaan.

“Umno sendiri tidak berani untuk meminda perlembagaan kerana takut hilang sokongan MCA dan MIC. Jadi dakwaan Melayu hilang kuasa hanya sekadar mahu memancing undi sahaja,” ujarnya ketika ditemui selepas itu.

3 comments:

Anonymous said...

awas gunting dalam lipatan..jgn rasa teruja sgt dgn geng2 tsb..mmg benar kena bersangka baik ttp kena hati2.. xnk pisang berbuah byk kali...

Anonymous said...

BETUL TU,BANYAK SPESIS YOB PASIOR DALAM UMNO NI,HARI NI HIDUP PAKATAN,ESOK BUAT U-TURN BALIK,BEWAREEEEEEEE,,,

baretta said...

SETUJU....!!! Takut golongan Opportunist jugak... Lompat sana, lompat sini...