PR dah sampai peringkat beri saham air, BN masih lagi dengan projek jual air ke Selangor dari punca air dari negeri Pahang yang masih bermasalah memberi khidmat air kepada rakyatnya sendiri. Syarikat Syabas masih mengikut telunjuk BN dan tidak mahu serahkan Syabas walau dibayar berbilion semata kerana dendam politik mereka.Mereka sanggup gagalkan niat baik Pakatan Rakyat untuk beri khidmat terbaik pada rakyatnya.
Terowong SMART dengan kos berbilion memang gagal lagi kantoi. Kalau rujuk semula pengakuan bongkak yang mengendalikan Projek Terowong itu yg seorang Jurutera IR lagi boleh beri kenyataan tak berlapik bahawa dengan adanya terowong SMART ...saya yakin Kuala Lumpur tidak akan berlaku banjir lagi.
Inilah balanya bila Negeri Wilayah Persekutuan telah dimenangi dengan majoriti parlimen hampir 90% dikuasai Pakatan Rakyat tapi BN yang memerintah. Akhirnya inilah Wilayah Persekutuan yang lebih projek dari hasilnya. Terowong SMARTmemang smart kutip tol , bila hujan terhegeh-hegeh nak keluarkan kereta yang melaluinya.Hujan tidak akan menunggu hingga kereta keluar. Bagaimana nak guna fungsi terowong SMART agar betul2 smart?
Kini Kerajaan Pakatan Rakyat sudah berjaya mentadbir Selangor dengan jayanya serta cemerlang mengetop. Hingga Tan Sri Khalid Ibrahim dapat menawarkan saham air pada rakyat bila rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.
SHAH ALAM 11 APRIL : Pakatan Rakyat (PR) yakin sokongan majoriti rakyat Selangor masih memihak kepada gabungan itu dan tidak akan berlaku keputusan luar dugaan seandainya pilihan raya dijalankan secara telus serta adil.
Ini dikuatkan lagi dengan kecemerlangan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dalam masa lima tahun yang banyak membawa perubahan dan kemajuan dengan menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik menerusi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed sebelum ini mendakwa Selangor ketika ini dilanda ‘Gelombang Biru’ apabila program anjurannya dihadiri ramai orang.
Dakwaan ini ditempelak, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei yang menganggap Umno-BN cuma menipu diri sendiri.
Katanya, orang ramai yang datang sewaktu program Tan Sri Muhyiddin Yassin di Simpang Lima di sini diangkut dengan berpuluh-puluh bas.
“Jika Umno-BN menganjurkan program dengan menawarkan wang ringgit seperti bantuan BR1M dan sebagainya, sememangnya rakyat akan hadir untuk mengambil hak mereka yang dinafikan selama ini oleh Umno-BN.
“Apa saja dilakukan Umno-BN, ia tidak akan mengubah pendirian rakyat kerana rakyat sudah melibat kekuatan dan kebaikan kerajaan PR,” ujarnya optimis.
Bagi Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib berpendapat kehadiran rakyat lebih besar dalam program PR berbanding program anjran Umno-BN.
“Program sambutan tahun baru di Dataran Kemerdekaan Shah Alam dan majlis sambutan lima tahun Kerajaan Pakatan Rakyat di Masjid Negeri, kita lihat kehadiran orang ramai jauh lebih besar,” katanya.
Di Hulu Kelang sendiripun majlis dibuat Umno-BN tiada sambutan dengan kehadiran tidak memberangsangkan.
Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Jenice Lee menambah majlis sambutan Chap Goh Meh anjuran Umno-BN dihadiri Datuk Seri Najib Razak di Pandan Indah lebih ramai dihadiri warga asing berbanding rakyat tempatan.
Tambahnya, majlis diadakan boleh dihadiri orang ramai tetapi tidak menggambarkan sokongan terhadap parti tertentu.
“Makan semua orang pergi makan. Penyokong PR pun boleh hadir dan makan tetapi bila undi, ini cerita lain,” ujarnya penuh yakin sokongan rakyat masih bersama PR.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment