FAKTA SPR :1. DAKWAT KEKAL TAHAN 3 HARI (DICALIT SEBAHAGIAN ANATAR KUKU DAN SEDIKIT BAWAH KUKU , CUMA GARISAN BUKAN CELUPAN)
2. UNDI AWAL 30 APRIL (TEKTIK BARU DIPERKENAL SPR 2013)
3. UNDI HARI JADI PRU13 PADA 5 MEI
4. JARAK 30 APRIL HINGGA 5 MEI IALAH 5 HARI
SEDEMIKIAN : BAGAIMANA NAK KAWAL PENGUNDI AWAL DARI MENGUNDI KALI KE DUA PADA 5 MEI?DIANDAIKAN DAKWAT SUDAH HILANG SELEPAS 3 HARI?
Undi awal 5 hari, dakwat kekal tahan 3 hari?
"Jika begitu, dakwat kekal pada tangan pengundi awal tidak akan ada lagi pada hari mengundi dan membolehkan mereka mengundi semula?" kata Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.
KUALA LUMPUR: Ekoran proses pengundian awal akan berlaku lima hari sebelum hari mengundi, ketahanan dakwat kekal kini menjadi persoalan.
Ini kerana, sebelum ini SPR menyatakan dakwa kekal hanya tahan tiga hari sahaja.
"Jika begitu, dakwat kekal pada tangan pengundi awal tidak akan ada lagi pada hari mengundi dan membolehkan mereka mengundi semula?" kata Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.
Sehubungan itu, Dr Hatta mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberikan penjelasan tentang perkara ini.
SPR mengumumkan, hari mengundi adalah 5 Mei manakala hari mengundi awal untuk polis, tentera, petugas SPR dan wartawan adalah 30 April 2013, lima hari sebelum hari mengundi.
Padahal sebelum ini, SPR memaklumkan hari mengundi awal adalah tiga sebelum hari mengundi.
Sebelum ini juga, pelbagai pendedahan dibuat tentang pengundi awal yang terdiri dari pasukan keselamatan, petugas SPR dan wartawan yang bertugas terdedah kepada pengundian berganda.
Seorang blogger lucah Umno Papagomo sebelum ini didedahkan mempunyai dua nama dalam senarai daftar pemilih SPR.
Namun selepas didedahkan, salah satu namanya telah dibuang dari senarai nama pengundi.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment