Kebangkitan rakyat, Pekan akan tumbang
PEKAN 10 APRIL: Fariz Musa percaya Datuk Seri Najib Razak boleh ditewaskan melalui semangat kebangkitan rakyat dan pergolakan dalaman Umno BN di Parlimen Pekan.
“Saya mempunyai keyakinan tinggi apabila melihatkan sokongan akar umbi dan kita lihat kebangkitan rayat ada untuk memastikan BN tumbang.
“Senario semasa menyaksikan gerakan Umno di Pekan agak perlahan, kita nampak dan ia beri isyarat baik kepada Pakatan,” katanya selepas pengumuman sebagai calon Parlimen Pekan, malam tadi.
Pada PRU 1999, Najib nyaris tewas dan cuma menang dengan majoriti 241 undi, malah ramai berpendapat kemenangan itu hasil ‘peranan’ undi pos.
Tekad melawan habis-habisan, Ketua Koordinator Jingga 13 itu menyifatkan beliau menggalas tanggungjawab besar untuk memastikan kempen besar-besaran bagi mengalahkan Najib.
Mengenai kemungkinan Gerakan Mahasiswa PRU 13 (GM13) bertanding, Fariz memberi bayangan supaya mereka menarik diri.
“Atas prinsip demokrasi, mereka berhak menyertai pilihan raya. Dan, kita tidak ada masalah.
“(Tapi) kita percaya rakyat Pekan punya kematangan yang baik dan memilih sistem dua parti iaitu antara Pakatan lawan BN dan Pakatan.
“Harapan kita, GM13 ambil sikap lebih positif, matang dan profesional bagi memasti kita bersama-sama sebab kita ada matlamat sama untuk tumpaskan Najib dan Umno BN,” katanya.
Untuk tonton rakaman, KLIK INI.
(FZL)
Short URL: http://www.keadilandaily.com
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment