Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, April 26, 2013

ALHAMDULILLAH ! MB SEMENTARA PERCAYA PAKATAN AKAN DAPAT PUTRAJAYA !

Menteri besar sementara Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, PAS berkemungkinan menjadi parti pertama yang akan melangkah keluar daripada Pakatan Rakyat jika mereka berjaya mentadbir Putrajaya.

Beliau yang mempertahankan kerusi dewan undangan negeri (DUN) Rantau meramalkan perkara tersebut kerana jurang ideologi yang terlalu besar antara PAS dan DAP, sekutunya dalam gabungan pembangkang.

"Saya yakin kalau PAS tak keluar pun dia akan berpecah kerana terdapat pertentangan ideologi yang amat berlainan antara parti PAS dan DAP," katanya sewaktu berucap kepada peneroka tanah rancangan Felda Sendayan, Labu pagi tadi.

Menurutnya, Pakatan sendiri adalah gabungan yang amat lemah disebabkan perbezaan ideologi berbanding BN yang menurutnya kukuh walaupun terdiri daripada 17 parti komponen.

Majlis yang menarik kira-kira 2,000 hadirin itu turut disertai timbalan perdana menteri sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan hampir sebahagian besar calon-calon BN di Negeri Sembilan.

Seramai 937 orang turut menerima bantuan pembancuh kuih elektrik, ketuhar elektrik, alatan pancing dan alat pertanian hidroponik dalam majlis itu. ~mkini

1 comment:

Anonymous said...

Yg dia maksudkan PAS keluar DAP sbb berlainan ideologi. Abis yg MCA, MIC tu sepakat ke dgn BN?Skrg org dh open minded soal hukum hakam agama, hudud dsb.Org bkn islam pun dh boleh terima & faham sbb sumer pun utk kebaikan sejagat.So tak pyhlah nak timbul isu perkauman keagamaan bla bla bla...