Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, April 28, 2013

PADAH TOK GURU DAH KATA, MEMANG PADA 5 MEI AKAN TERKOTA !

Nik Abdul Aziz berucap pada ceramah perdana bertajuk ‘Pas For All’ di Putrajaya malam tadi.

PUTRAJAYA - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin Barisan Nasional (BN) akan dikuburkan selama-lamanya pada 5 Mei ini dengan kerajaan baru dibentuk pada keesokan hari.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, dengan angin kebangkitan rakyat negara ini yang mahukan perubahan dalam atmosfera politik akan memilih Pakatan Rakyat (PR) sebagai peneraju kepimpinan negara dan menolak kerajaan sekarang.

“(Pada) 5 Mei rakyat akan mengundi, keyakinan saya mereka memilih kerajaan yang berlandaskan syariat Islam.

“6 Mei seluruh negara akan merayakannya dengan tertubuhnya negara Islam sebenar. Gelombang Islam akan hapuskan nilai-nilai sekular,” katanya ketika menyampai ceramah perdana bertajuk ‘Pas For All’ di sini malam tadi.

Hadir sama, calon Pas Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa; Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Timbalan Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Md Nor Mohd; Yang Dipertua Pas Putrajaya, Nazir Zakaria dan calon Pas Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzami.

Dalam perkembangan sama menurutnya, PR akan menerapkan konsep cara hidup Islam sepenuhnya dalam setiap aspek kehidupan.

“Islam datang dari ALLAH SWT, kita (manusia) hanya menumpang di dunia ALLAH. Tibalah masanya kita amalkan sebuah negara mengikut acuan seperti yang disyariatkan.

“Saya yakin Putrajaya ini bakal dirampas dan kita bersama-sama menobatkan Datuk Husam Musa sebagai Ahli Parlimen Pas di sini,” katanya.

Sementara itu, di Pentas Treler Negara Berkebajikan yang sama, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, sekiranya BN terus memerintah negara fitnah akan menjadi santapan rakyat setiap hari.

“Sebelum menjelang tarikh 5 Mei, Umno-BN telah rencanakan 1,001 fitnah jahat sebagai momokan pilihan raya.

“Terkini blogger Milo Suam mendedahkan proses undi awal penjawat awam tidak seperti dijadualkan berlangsung pada 30 April telah didakwa tetapi Papagomo yang memihak kepada mereka dibiarkan bertanding sebagai calon bebas di Permatang Pauh,” katanya.

Mengulas perkara sama Nurul Izzah berkata, tanpa Pemantau Pilihan Raya (Paca) tidak mustahil BN akan merampas keputusan pilihan raya.

“Diingatkan undi setiap rakyat adalah penting untuk masa depan negara kerana pilihan raya kali ini terpenting buat kita.

“Kita perlu kuat menahan fitnah dan tohmahan menjelang tarikh 5 Mei kerana semua itu akan kita kuburkan pada hari berikutnya,” katanya.

SinarHarianOnline

2 comments:

zul_neem said...

assalamualaikum

Rasullulah saw pernah menjanjikan mahkota kisra(parsi)kepada sorang pengejar beliau ketika berhijrah kekota madinah,tapi memang benar parsi jatuh ditangan pemerintahan umar,lalu mahkota itu diberikan kepada orang yang dijanjikan oleh rasulluh,itulah kebenaran yang berlaku.Nabi menyebut ulama adalah pewaris nabi.Ulama yang meneruskan berkibarnya panji-panji Islam diatas muka bumi ini samada ada ditimur muapun dibarat,dari dulu masa kini dan masa akan datang sehingga ditakdir oleh allah dunia ini musnah(kiamat).Itulah peranan ulama penyambung risalah rasullulah membawa umat manusia menuju jalan selamat jalan yang diredai oleh allah swt.Bumi malaysia bumi bertuah,bumi yang dirahmati oleh Allah siang dan malam.Kebangkitan ulama telah menyedarkan rakyat malaysia arah dan tuju mereka untuk memiliki sebuah negara yang ideal,adil,harmoni dan berkebajikan.Itulah beruntungnya rakyat malaysia yang memiliki ulama seperti Ust Nik Aziz dengan umur 80an istiqamah diatas jalan islam menyeru rakyat baik yang Islam atau yang bukan Islam bersatu menolak kezaliman,kepalsuan dan penginayaan demi menbina negara dan anak bangsa kejalan yang lurus,jalan yang diredai allah pencipta segala mahluq yang melata diatas bumi ini.Semoga apa yang diyakini oleh beliau adalah pertunjuk dari allah swt bahawa PAKATAN RAKYAT is the best untuk memenangi PRU13.Insyallah,ya allah kaulah maha berkuasa memiliki kerajaan langit dan bumi mengkenankanlah segala doa dan munajat rakyat malaysia untuk mempunyai sebuah negara yang selamat dan sejahtera yang sentiasa dibawah rahmat dan naugan mu,ya allah perkenankanlah doa kami.ammin

otaistillkick said...

dalam saat genting menghadapi pru 13 di harap pemimpin tinggi pakatan rakyat hentikan perbalahan yang menguntungkan bn. seperti isu hudud dan sebagainya.