Para hakim Perancis yang menyiasat kes kontroversi melibatkan pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai RM7.3 bilion dari DCNS, penjual senjata tentera laut dijemput ke Malaysia untuk ‘merisik’ kontroversi yang melibatkan pegawai tertinggi Malaysia termasuk Perdana Menteri sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang liat memberi bekerjasama mahupun untuk berdiri di kandang saksi di Paris.
Apoline Cagnat, seorang peguam Perancis yang dilantik oleh SUARAM, mengesahkannya, sambil menambah bahawa Najib merupakan "saksi utama" dan ada kemungkinan akan ditangkap oleh pihak berkuasa Perancis jika dia memilih untuk mengabaikan mana-mana sepina yang dikeluarkan oleh mahkamah Paris.
"Ini mungkin akan berlaku dalam kes Scorpene jika hakim mempunyai bukti yang cukup untuk mengeluarkan waran sedemikian" Cagnat memberitahu sidang akhbar di Singapura.
"Mereka (hakim Perancis) boleh meminta kerjasama (dari Putrajaya). Mereka juga boleh datang. Ia adalah terpulang kepada mereka. Kadang-kadang mereka akan datang atau menghantar polis. Ia adalah tidak mustahil"
Dideportasi dan TIADA jaminan keselamatan
Cagnat dan rakan-rakannya, termasuk William Bourdon dan Joseph Breham, telah dijemput oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi taklimat kepada Parlimen Malaysia berikutan maklumat terbaru dalam kes Scorpene yang kini sedang didengar oleh seorang hakim penyiasatan di Perancis.
Walau bagaimanapun, disebabkan keengganan pentadbiran Najib untuk memastikan keselamatan mereka atau berjanji tidak akan mengusir mereka setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, mereka memutuskan untuk mengadakan taklimat itu di Singapura.
Pada bulan Julai 2011, Najib telah mengejutkan masyarakat antarabangsa apabila menghantar pulang Bourdon setelah beliau tiba di Kuala Lumpur untuk memberi taklimat kepada Suaram dan berucap di makan malam perdana untuk mengutip dana. Awal tahun ini, Breham telah dipaksa untuk mengadakan sidang akhbar di Bangkok selepas gagal mendapatkan kerjasama dari Putrajaya.
Dan kini, nampaknya parti Umno Najib sedang mencela kerajaan Singapura pula, menuduh mereka campur tangan dalam urusan Malaysia dengan membenarkan sidang akhbar itu diadakan di negara tersebut.
"Ini jelas menunjukkan Singapura campur tangan dalam hal ehwal negara kita," kata Mohd Ali Rustam, bekas naib presiden Umno yang dilaporkan berkata demikian oleh Malaysian Insider.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
2 comments:
saya nak ingatkan disini si kasim sprm dah dilantik sebagai salah seorang board director governiers selama 6 tahun.ini ada muslihat
Dato Kasim dah retired dari SPRM ka?
Post a Comment