Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, December 6, 2012

SKANDAL KELUARGA 'MR CLEAN'?

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) sebentar tadi mendakwa keluarga bekas Perdana Menteri kelima, Abdullah Ahmad Badawi terlibat dalam pembekalan meter melalui program penggantian meter analog kepada elektronik Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Pengerusi Biro Pelaburan PKR, Wong Chen berkata, syarikat Obata-Ambak Holdings Sdn Bhd yang dimiliki Noor Asiah Mahmood (gambar atas), adik kepada isteri pertama Abdullah, Allahyarham Endon Mahmood, memiliki 15 peratus pegangan saham dalam Malaysian Intelligence Meters Sdn Bhd, salah sebuah daripada lima syarikat yang membekalkan meter elektronik tersebut kepada TNB.
Beliau turut berkata, program yang dihentikan sementara waktu atas arahan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau, dan Air (KeeTha) Peter Chin Fah Kui pada Oktober lalu menunjukkan pengguna akan membayar sebanyak RM6.88 bilion kepada keuntungan TNB dalam tempoh 10 tahun.
“Kajian kami menunjukkan TNB mempunyai 8.03 juta pengguna sekarang ini dan harga purata setiap meter berharga RM250.
“Justeru itu, program ini berpotensi mencapai sehingga RM2 bilion.

“Untuk tahun kewangan 2012, hasil TNB daripada semua pengguna adalah RM34.4 bilion.
“Jika meter elektronik ini memberi peningkatan konservatif dua peratus, beban tambahan pengguna adalah sebanyak RM688 juta setahun.
“Memandangkan jangka hayat meter ini adalah 10 tahun, pengguna akhirnya akan membayar sehingga RM688 bilion kepada TNB bagi tempoh itu,” kata Wong Chen kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.
Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang turut hadir ketika sidang media itu berkata, isu itu bukan lagi isu kecil kerana pengguna dibebani peningkatan sehingga 50 peratus kos bil elektrik mereka.
“Justeru, PKR menggesa ketelusan dan kebertanggungjawaban TNB dalam perkara ini untuk mendedahkan siapa pembekal meter elektronik ini, harga yang dibayar untuk meter ini, adakah harganya berdaya saing mengikut standard tempatan dan antarabangsa, dan adakah tender dibuat secara terbuka atau runding terus?” tanya Nik Nazmi.
“Kami juga menuntut diwujudkan badan bebas yang dibiayai TNB bagi menyiasat aduan pengguna yang diberi kuasa menguji meter baru sebagai penimbangtara dan membuat dapatan bebas yang mengikat TNB dan pengguna,” kata Adun Seri Setia itu lagi.
Oktober lalu, Peter Chin berkata TNB menghentikan penggantian meter elektrik analog kepada elektronik sehingga satu prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Perkara itu diputuskan selepas aduan diterima daripada pengguna mengatakan bahawa penggantian meter analog kepada meter digital baru membawa kepada kadar bil elektrik yang tinggi, termasuk caj “retrospektif”.
“Operasi masih akan diteruskan tetapi tugas pertama kami adalah mendidik orang ramai mengenai meter baru,” kata Peter Chin.
Beliau, bagaimanapun, berkata penggantian masih akan dilakukan terhadap meter isi rumah yang rosak dan meter pengguna yang disyaki mengalami kecurian.

No comments: