Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, December 3, 2012

DASYAT DI BATU PAHAT






Parit Hj Salleh Ros berdekatan jalan besar dan berhadapan Universiti Tun Hussein On di samping cabaran siaran langsung bolasepak AFF serta ceramah UAI di Stadium Muhammad di Kelantan namun ribuan dan tidak silap jika teman anggarkan tidak kurang 10,000 orang yang majoriti dari sekitar Johor sendiri menghadiri Himpunan Raksasa rakyat di Batu Pahat 1 Disember 2012 lalu.
Ini di tambah lagi dengan kejadian pegun rakyat yang hadir dengan isi ceramah dan penerangan yang jelas dan berfakta sehinggakan ribuan itu tidak berganjak sehinggalah majlis tamat jam 12.00 lebih .
Jika dikira tidak selesa memang tidak selesa kerana suasana padang sedikit basah selepas hujan namun hadirin tidak peduli yang penting dapat hadir dan peroleh apa yang dicari iaitu maklumat, info dan tujuarah terkini.

Program malam ini bermula dengan ucapan wakil-wakil badan bukan kerajaan NGO yang memperjuangkan hak rakyat.

Ianya termasuk NGO Anti-PPSMI, Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Gerakan Mansuh ISA (GMI), Hak Air Untuk Semua (Haus), Gabungan Menuntut Royalti Kelantan 'R', Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Gabungan menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), NGO Pengerang, serta NGO alam sekitar dan Anti Lynas.

16 comments:

Anonymous said...

Bila org pas nak sedar yg mereka ni sekadar kudaan PKR dan DAP. Sokongan dan kerahan tenaga nak pakai PAS tapi nak jadi PM....

Anonymous said...

yang penting Pakatan di ketuai oleh Orang melayu... parti Pas dan PKR..ape le bengong doh nyanyi lagu tu je..

Anonymous said...

Saudara nak cakap apa itu hak saudara, tapi saudara tetap bangang kerana terus ikut be end

Anonymous said...

yang penting tukar yang baru

Anonymous said...

Zaman orang bodoh tapi berkuasa, insyaallah akan barlalu. Ayuh bangkit tumbangkan umnobn

Anonymous said...

umno trlalu sombong & angkuh, riak & takbur, bohong dan menipu, salahguna kuasa dan seleweng amanah rkyat, rasuah dan rompak hrta rkyat, menafikan hak orang lain. trlalu banyak kejahatan yg telah umno lakukan. Zaman umno telah tamat

Anonymous said...

kami rakyat Malaysia akan maafkan Najib,UMNO dan BN jika Najib sanggup jadi Pembangkang Malaysia.

Anonymous said...

Kalau tak mahu jadi pembangkang, Najib kena jawab satu bersatu dari beribu soalan sebelum PRU13,jika tidak kamu tak layak bertanding kecuali bagi Muhyidin jadi calon PM BN.Soalan pertama ialah sila jawab persoalan Deepak.

Anonymous said...

dimana umno dilahirkan disitulah umno dikapankan dan dikuburkan...syabas rakyat johor berani buat perubahan,ingat saudara kejahatan dan pengkhianatan takkan bertahan lama..

Anonymous said...

kuda tunggangan pun takpe..nabi saw berperang pun naik kuda.. jgn jadi mcm umno, babi tunggangan mca

Anonymous said...

Semua pihak kata dia baik dan pihak lawan yang buruk. Allah Maha Mengetahui. Saya bedoa dan berserah kepada Allah untuk memberi kemenangan kepada pihak yang akan dapat menyelamatkan ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYU INI didalam PRU 13 yang akan datang. Amin.

Anonymous said...

Salam. Saya ingin tanya pembaca blog ini sedar atau tidak Orang Melayu adalah golongan MINORITI di negara ini. Walau pun jumlah kita ramai tetapi kita bukan majoriti. Kenapa? SEBAB KITA TELAH BERPECAH TIGA.Sebab kita berpecah belah nak luluskan undang-undang apa pun kita tak boleh. Janganlah mimpi nak laksanakan Hudud atau undang-undang Islam yang lain. Sebab itu saya berasa sedih. KENAPA KITA TAK BERSATU? ADAKAH HATI PERUT ORANG ISLAM MELAYU LEBIH TERUK DARIPADA ARAB JAHILIAH? Berasaskan Islam yang dibawa Rasullullah saw mereka dapat disatukan. Marilah kita bersatu semula untuk SELAMATKAN ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MELAYU INI.AMIN.

Anonymous said...

hujah standard puak2 umno....

Anonymous said...

Terang lg d sportlight DAP ADALAH KETUA DLM PAKATAN, TUJUAN PUN SAMA NAK RAMPAS MALAYSIA MCM SINGAPORE, JDLAH MELAYU DAN ISLAM SEBAGAI BANGSA DAN AGAMA YG DIPIJAK2.. BRRGEMBIRALAH SEMUA, BARU STU PENGGALVDAH HABIS JAHANAM ORG MELAYU DI BANTAI, INIKAN PLAK NAK JD KERAJAAN PUSAT, X MUSTAHIL BANGSA KITA AKAN DI WARTAKAN SEBAGAI BANGSA PELARIAN... PENJUAL MARUAH MCM ANWAR ADA KISAH LAU INI TERJADI? DIA KAYA RAYA STAKAT DUK KAT OVERSEA SAMPAI 7 KETURUNAN PUN MAMPU. TAPI DIA SAJA MENGILA BABI CUMA NAK NGIDAM JD PM, DAH TUA SIMPAN JE HAJAT UNTUK ANAK CUCU.

Unknown said...

Bn la pengkhianat negara...habis semua pendatang asing dpt ic....skrg ni pendatang asing dr cina sendiri pun dh ramai....soal ni korang yg puak umno tak nak ckp lak...benda ni dh terang2 nampak....buta hati agak nyer korang ni.....

Unknown said...

Rakyat johor ingin kan perubahan....kita hancur kn kubu kuat bn di johor.