Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, November 29, 2012

UNIT AMAL MENAKJUBKAN !


Kejayaan dua Anggota Unit Amal kesan jenazah tentera hilang wajar diberi pengiktirafan
LARUT: Kecekapan dua anggota unit Amal Malaysia yang berjaya menemui mayat seorang anggota tentera,Supain Gane,37, yang hilang selepas melakukan latihan penerjunan di Redang Panjang yang terletak dalam parlimen Larut dan DUN Kubu Gajah baru-baru ini dipuji Timbalan Ketua Pemuda PAS Larut,Akmal Kamaruddin

Beliau menjelaskan dua orang anggota Unit Amal dari Perak bernama Abdul Rahim Syukor,61, dan Mohd Adib,21, hanya mengambil masa selama 10 minit mengesan jenazah mangsa biarpun misi mencari telah dilakukan selama 3 hari oleh pihak polis,Angkatan Tentera Malaysia(ATM),bomba dan anggota Ikatan Relawan Rakyat(RELA).
(Akmal,kiri,mengambil kesempatan berbual dengan 2 wira Unit Amal,Adib dan Abdul Rahim)

Bagaimanapun kejayaan mereka ini sengaja digelapkan oleh media arus perdana.Jelas Akmal lagi

Menyifatkan mereka sebagai wira,Akmal turut memberi cadangan kepada Dewan Pemuda PAS Malaysia supaya memberi pengiktirafan kepada kedua-dua individu ini agar ianya dapat membuka mata seluruh rakyat tentang kesungguhan dan komitmen jabatan Amal dalam membantu masyarakat.

5 comments:

tungkaran hati said...

Kehebatan yang menakjubkan setelah mendapat latihan sebagai anjing-anjing peliharaan Ambiga(DAP-PKR)semasa Bersih 3.0 dahulu....apapun syabas!

Anonymous said...

pemuda UMNGOK belaan MIC dan MCA, slalu dapat arak free, amoi free, sume korang hentam! SYABAS!

Anonymous said...

Selagi ada penyakit dengki dan busuk hati selagi itulah perangai penyokong2 umno tak akan berpuas hati kepada org2 pas, walaupun kebaikan yg dilakukan sebesar gunung sekalipun, contoh pada komen TUNGKARAN HATI mereka ini (penyokong umno) tidak akan mengakui kesilapan mereka dan tidak akan melafazkan betul lah kamu buat!

Anonymous said...

Waris dan anak didik British terus kosong otak kerana pentingkan wang sehingga bangsa melayu terlalu jauh ditinggalkan. Lihatlah sendiri bangsa kamu. Dari tepi jalan hingga ke Menara pencakar langit negara mu.Sebabnya 1 sahaja kamu tolak Alquran dan hukumnya.

Anonymous said...

Salam. Saya ingin tanya pembaca blog ini sedar atau tidak Orang Melayu adalah golongan MINORITI di negara ini. Walau pun jumlah kita ramai tetapi kita bukan majoriti. Kenapa? SEBAB KITA TELAH BERPECAH TIGA.Sebab kita berpecah belah nak luluskan undang-undang apa pun kita tak boleh. Janganlah mimpi nak laksanakan Hudud atau undang-undang Islam yang lain. Sebab itu saya berasa sedih. KENAPA KITA TAK BERSATU? ADAKAH HATI PERUT ORANG ISLAM MELAYU LEBIH TERUK DARIPADA ARAB JAHILIAH? Berasaskan Islam yang dibawa Rasullullah saw mereka dapat disatukan. Marilah kita bersatu semula untuk SELAMATKAN ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MELAYU INI.AMIN.