Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, December 4, 2012

UMNO BRANTAKAN DEK GUNTING DALAM LIPATAN



KUALA LUMPUR: 53 peratus akan melompat parti manakala 31 peratus lagi akan sabotaj Umno jika mereka tidak terpilih sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Keputusan ini dicapai dari 7,894 perserta bancian Sinar Harian selepas ditanya soalan yang diandai Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak ketika menggulong perbahasan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2012 kelmarin.

Dalam bancian itu, Sinar bertanya kepada pelayarnya, "Menjawab soalan cepumas DS Najib di AGM Umno, jika anda ahli Umno, pilihan anda"

Lima pilihan jawapan diberikan sebagaimana diberikan oleh Najib Sabtu lepas.

Solan-soalan itu adalah:
1) Sokong penuh Umno meskipun tidak dipilih calon: 6 % (473)
2) Masih sokong Umno meskipun tidak dipilih calon : 2 % (194)
3) Tidak akan kerja masa PRU13 : 7 % (558)
4) Saya akan sabotaj Umno-BN: 31 % (2482)
5) Saya akan lompat parti: 53 % (4187)
Jumlah Undian: 7894

Semasa membuat ucapan penggulongan semalam, Najib membuat soalan cepumas itu kepada perwakilan Umno. Ketika itu, tidak ada sikap yang jelas di kalangan perwakilan kerana tidak ada bancian yang dibuat. Berdasarkan bancian Sinar yang dibuat mulai semalam itu, hanya 6 peratus atau 473 peserta bancian sahaja yang berkata "Sokong penuh Umno meskipun tidak dipilih calon."

Hanya 2 peratus pula yang berkata "Masih sokong Umno meskipun tidak dipilih calon".
Manakala 7 peratus berkata, "Tidak akan kerja masa PRU13".
Kesemua jawapan ini memberikan serangan saikoloji yang kuat kepada Umno khasnya Najib yang membuat semua andaian itu. (IH)

2 comments:

Anonymous said...

pilihan jawapan yang tak tepat. perlu ditambah. jawapan no6 berbunyi: "dah keluar parti secara sembunyi2 & menyokong PR tanpa pengetahuan Najib & Rosmah". Saya yakin peratusan yg memilih jawapan ini lebih tinggi.

Anonymous said...

Saya sedih sebab perkara seperti ini akan merosakkan perpaduan orang MELAYU. Survey macam ni banyak di buat oleh Orang Putih. Nak buat A atau B menang senang saja. Survey sebenar tak dibuat. Data dimasukkan sendiri oleh "pembuat survey" dan kata A atau B menang. Atau buat survey tanya penyokong A sahaja tuntulah A menang. Yang lebih penting survey ini akan menimbulkan berbagai fitnah dan merosakkan perpaduan Orang Melayu. Blogger dinegara kita boleh dikatakan 95% bangsa Melayu. Yang sedihnya kita blogger sesama Melayu menjahannamkan Orang Melayu/Islam. Saya sarankan sepaya semua bersatu untuk MENYATUKAN SEMULA PERPADUAN BANGSA MELAYU DI NEGARA KITA INI.