Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, November 11, 2012

SAH ! BN DAH GELABAH!

BN memang gelabah di saat tempoh pemerintahan nak berakhir tidak lama lagi dengan kesan akan kantoi di mana-mana waima tektik beri wang pada rakyat telah digunakan. Kini BN nak kumpul maklumat walaupun Malaysia masih dikuasai dan ditadbir oleh mereka dengan segala media dan jentera digunakan.Mereka masih tak yakin, kini mereka mengelabah dan bersedia kalah dengan mungkin mungkin menggunakan nama Barisan 1Malaysia.Mungkin dah tak yakin dengan Barisan Nasional.

Umno mengumumkan untuk mengadakan perhimpunan bersama 1,000 NGO pada 24 November bagi "mengumpul maklum balas" berhubung dasar kerajaan.

Ketua penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan ketika mengumumkan perkara itu bagaimanapun menafikan bahawa perhimpunan tersebut berkaitan dengan persediaan BN bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ahmad yang juga pengerusi sekretariat acara berkenaan berkata, perhimpunan tersebut bukan anjuran Umno, BN atau kerajaan dan hanya menggunakan nama "Barisan 1Malaysia".

Ditanya sekiranya program tersebut merupakan acara yang bukan kepartian, Ahmad berkata ia terpulang kepada penilaian masyarakat.

Ahmad juga menafikan bahawa acara tersebut bertujuan untuk meraih sokongan kepada BN menjelang pilihan raya umum akan datang.

Katanya, perhimpunan tersebut antara lainnya akan dipenuhi dengan perbincangan dengan jabatan kerajaan dan agensi berkaitan untuk mendapatkan pandangan mereka.

Sebagai contoh, perbincangan itu akan menyentuh isu sistem penguatkuasaan automatik (AES), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.

Hasil perbincangan itu kemudiannya akan dikumpulkan dan disalurkan kepada agensi terbabit sebagai maklum balas kepada dasar kerajaan, katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur petang ini.

Ahmad yang juga timbalan menteri di jabatan perdana menteri berkata perhimpunan itu akan melibatkan NGO dari pelbagai kelompok kaum dan latar belakang.

No comments: