Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, November 9, 2012

2 JENIS ORANG YANG DAH KENA BATANG HIDUNG !

1. Tan Sri Nazri bila dah kena serang bertubi-tubi hingga beliau tidak boleh menjawab dan mengelak dengan tuduhan kes wang RM40 juta masuk akaun UMNO Sabah memang memerangkap beliau.Akhirnya beliau kata kepada Rafizi , kalau nak bawa kes tsb ke mahkamah.

2.Tun Mahathir bekas PM Malysia juga begitu bila diserang dengan soalan cepumas berkenaan tender RM700 juta kepada anaknya walaupun pada ketika itu hingga kini menjawat penasihat Petronas...namun tiada rasa insaf dalam hati beliau.
Akhirnya beliau akan menemplak dan perli cara mengaku salah dan berkata memang saya yang buat.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad jengkel dengan soalan pemberita hari ini mengenai potensi berlaku konflik kepentingan berhubung satu kontrak baru-baru ini yang melibatkan Petronas, di mana beliau menjadi penasihat syarikat minyak negara itu.

Minggu lepas, Petronas Carigali Sdn Bhd dilaporkan menganugerahkan kontrak RM700 juta kepada anak syarikat milik penuh SapuraKencana Petroleum Bhd. Anak Mahathir - Datuk Mokhzani - adalah naib pengerusi SapuraKencana.
Ketika ditanya semasa sidang akhbar hari ini sama ada terdapat percanggahan kepentingan dalam urusan tersebut, dengan nada penuh menyindir, Dr Mahathir berkata:

"Ya sudah tentu, dia (Mokhzani) mendapatnya kerana saya arahkan Petronas. Masukkan itu dalam akhbar awak.

"Saya mempengerusikan segala-galanya. Saya memberitahu mereka, sila berikan kepada anak saya dan bukan orang lain. Itulah apa yang saya buat selama ini.

"Apabila saya jadi perdana menteri, segala-galanya dapat pada anak-anak saya.

"Tetapi apabila semuanya dapat pada anak-anak perdana menteri-perdana menteri lain, awak tak mahu menyebut kerana dia seorang yang baik."

SapuraKencana dilaporkan membuat dua pemakluman kepada bursa saham pada 1 November - satu mengenai anak syarikat milik penuhnya, Allied Marine & Equipment Sdn Bhd telah dianugerahkan kontrak perkhidmatan dalam laut selama tiga setengah tahun.

Satu lagi pemakluman yang difailkan pada hari yang sama, mengatakan bahawa satu lagi anak syarikat milik penuhnya, Kencana HL Sdn Bhd memperoleh kontrak RM135.8 juta daripada HESS Exploration and Production Malaysia BV untuk projek gas di medan Kamelia, yang dikatakan 150 kilometer timur laut di luar pantai Kota Bharu.

Berikutan ini, sebuah kumpulan pendesak royalti minyak meletakkan bersama satu poster yang memaparkan peta yang menunjukkan lokasi medan gas, 'screenshot' lamanweb menunjukkan Mokhzani sebagai salah seorang daripada pengarah SapuraKencana, dan keratan berita mengenai dua kontrak yang berjumlah RM836 juta.

No comments: