PAS Caw Gedangsa bersama PAS Kawasan Hulu Selangor membuat lawatan ke Negeri Kelantan dan dapat berjumpa Tok Guru Nik Aziz serta sudi menyumbang sebanyak RM21,300 kepada Tabung Pembinaan Lebuh Raya Kelantan.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
4 comments:
Tiru perangai umno la ni. Nak derma pun nak tunjuk dgn kain rentang ke? TGND tentu sedih terima derma ni.
Anon : Dalam Islam membolehkan untuk dihebahkan tentang kebajikan yang dilakukan seperti sumbangan derma/sedekah/zakat sebagai contoh/i'tibar kepada ummat Islam yang lain agar mencontohi usaha tersebut. Lagi pun duit sumbangan itu dikumpulkan daripada ramai orang yg kita sendiri tak ketahui sapa penderma tersebut. PAS Cawangan Hulu Selangor ini telah memberikan contoh terbaik dengan mewar-warkan usaha mereka dalam membantu menjayakan pembinaan lebuhraya rakyat tersebut. Inilah keperihatinan yang wajib ada dalam diri setiap ummat Islam; membantu sesama Islam dan rakyat lain yg kurang bernasib baik walaupun mungkin ada di kalangan mereka sendiri tak mungkin berkesempatan menggunakan lebuhraya tersebut. Usaha yang wajib dicontohi oleh cawangan-cawangan PAS yang lain amnya dan ummat Islam secara individu khususnya.
Bagi aku lebih baik lah derma ditunjuk tapi jumlahnya besar daripada derma sembunyi2 dengan alasan standard tak mahu takbur tapi jumlahnya ciput..
assalamualaikum
apa perbedaan antara orang yang ikhlas keatas pemberian yang diberi samaada ciput atau besar, kan baik ia ditunjukkan untuk membuktikan derma ikhlas yang diberi dari pihak pemberi telah sampai dan diterima oleh pihak penerima.Masing-masing puas hati antara kedua belah pihak itu.Yang baiknya tiada senarai nama-nama pemberi dilist downkan untuk pengetahuan umum supaya memenuhi akan sunnah nabi mengenai pemberian sedekah akan etika dan moral mereka dan mendapat keberkatan dari allah.
Post a Comment