Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, October 5, 2012

BUKAN BIADAB TAPI BIADAB 2

Langat 2, Biadab TIdak Hormat Hak Negeri
Komen Teman : Setuju dengan Ustaz Idris Ahmad dalam kes Langat 2 ini iaitu Tanah , Air dan hasil hutan adalah hak negeri .Kenapa biadap dan tidak menghormati undang-undang negeri? Ini kes biadap 2 kali ganda sebab yang biadap bapa(Kerajaan Persekutuan) bukan anak(Kerajaan Negeri).Kalau ikut teman api, air dan udara sekalipun tidak boleh dimonopoli,
Seeloknya Kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan uruskan tanpa diswastakan. Kalau swastapun jangan jadikan syarikat swasta tersebut anak emas dan tempat minta duit utntuk tampung belanja jika bajet tak cukup.


Tindakan kerajaan Pusat hendak membina loji Rawatan Air Langat 2 adalah tindakan biadab yang tidak menghormati hak negeri yang jelas terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan. Tanah, air, hasil hutan, adalah hak negeri, ini satu pencerobohan.

Kenapa projek ini hendak diteruskan juga? Bukankah kerajaan Selangor sudah membuktikan dengan fakta, Selangor sudah cukup air melalui kajian pasukan khas yang terdiri daripada pakar. Masalah yang berlaku ialah kegagalan Syabas merawat air dan mengurangkan masalah kebocoran ‘non revenue water’ daripada 30 peratus kepada 15 peratus sehingga tidak sampai kepada pengguna.

Kerajaan Selangor yang pro rakyat tidak mahu membazir wang rakyat sebanyak RM12 bilion untuk Langat 2, sedangkan jika masalah ini diselesaikan dengan baik hanya memerlukan RM225 juta sahaja dengan membaik pulih pasarana yang sedia ada.

Sebelum ini pun pemimpin Kerajaan BN yang tidak boleh menerima kekalahan di peringkat negeri telah menubuhkan pejabat Persekutuan untuk memastikan jerong-jerong BN tidak kelaparan di negeri Pakatan Rakyat. Ini semua membazir jutaan ringgit setiap bulan semata-mata untuk memenuhi nafsu serakah mereka. Semua maklum bagaimana kerajaan pusat mengarahkan agensi pusat jangan bagi kerjasama dengan kerajaan PR. Royalti di Kelantan dirompak.

Pembinaan Loji Langat 2 satu perkara yang tidak boleh diterima oleh kerajaan yang bertamaddun tanpa restu daripada kerajaan negeri. Ini adalah undang-undang rimba. Perbadanan Aset Air Berhad telah menjual 15 naskhah dokumen tender dengan harga RM10,000 satu, walaupun tanpa restu kerajaan negeri. JIka berlaku masalah nanti ketika hendak masuk ke tapak projek yang dikuasai oleh pihak berkuasa negeri maka mereka akan menuduh kerajaan negeri kianat kepada rakyat. Pada hal kerajaan pusat yang ceroboh hak negeri.

Pemimpin BN jangan marah kalau rakyat melanggar undang-undang kerana gurunya ialah Umno. Umno belajarlah jadi orang kalah, hormatlah undang-undang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: