Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, September 20, 2012

PELUANG ORANG MELAYU KELUAR DARI KONGKONGAN !

KUALA LUMPUR: PAS percaya Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) merupakan peluang terbaik buat masyarakat Melayu merdeka daripada cengkaman Umno.

Sekaligus keluar daripada kepompong politik sempit Melayu-Umno dan kembali semula kepada bangsa Melayu sejati, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Beliau menegaskan, 3.4 juta ahli Umno tidak boleh dijadikan penentu kepada keseluruhan survival kira-kira 15 juta orang Melayu di negara ini.

“PAS percaya PRU13 peluang untuk Melayu merdeka dan menghapuskan politik perhambaan Melayu Umno-Barisan Nasional (BN),” katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.

Beliau menangkis dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan PRU13 penentu survival politik bangsa Melayu secara keseluruhan.

Najib dalam ucapannya semasa majlis penutup persidangan perwakilan Umno Bahagian Pekan minggu lalu berkata orang Melayu perlu sedar bahawa hanya Umno yang menjadi parti teras dalam BN akan dapat meneruskan perjuangan bangsa dan agama.

Jarum halus

“Kalau mahu kekalkan teras pemerintahan, pastikan Umno menang. Jika sebaliknya berlaku, buruk padahnya,” katanya dipetik Bernama.

Mahfuz berkata, Najib cuba menyuntik jarum halus dengan mengabui pemikiran masyarakat disaat menghadapi pilihan raya dengan memainkan sentimen ‘Skim Takut 1Malaysia’ (ST1M) yang berbaur perkauman semata-mata untuk mengekalkan kuasanya.

“Diingatkan yang akan terjejas PRU jika rakyat buat pilihan ialah survival politik Umno, bukan survival politik Melayu…ini sangat berbeza,” katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, hakikatnya 55 tahun merdeka Melayu masih jauh ketinggalan dari segi pemilikan ekuiti, malah RM52 bilion saham Bumiputera kini hanya tinggal RM2 bilion.

“Lebih malang 80 peratus yang memiliki pendapatan RM1,000 kebawah adalah orang Melayu…yang senang lenang ialah segelintir daripada pemimpin Umno,” katanya.


No comments: