Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, September 20, 2012

ISU KUMAN SEBERANG LAUT ,UNTUNG UMNO KAUT !


Kuman Di Seberang Laut Nampak, Gajah Di Hadapan Mata Tak Nampak

Firman Allah S.W.T

"Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik
membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu
tidak menimpakan suatu musibah kepada kaum dengan sebab kejahilan
kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan."

(al-Hujuraat:6)

Pertama kita wajib sensitif bila maruah Islam dicabar atau diperkotak-katik contoh terkini bila nabi dipersenda dalam satu filem bertajuk blablablabla (saja tak mahu iklankan nama filem tersebut kerana bila kita sertakan nama filem maka orang akan cuba cari).Tetapi kena ingat tak selamanya cara kita atasi dan tindakan kita melulu dengan melakukan demonstrasi besar-besaran yang akan merugikan kita juga. Pakatan Islam dunia perlu melakukan dengan cara bijak dan terbaik serta termmoden.
Malangnya kita tak sensitif bila ustaz-ustaz atau mufti kita dilaporkan bahawa mereka diberi tatacara larangan memakai serban bila dipanggil untuk rancangan TV.Kita tahu bahawa memakai serban adalah sunnah rasulullah.Sesiapa memakainya akan dapat ganjaran pahala.Rujuk sunnah memakai serban http://koleksi-alqalam.blogspot.com/.

Kita lupa bagaimana kerajaan BN mempersendakan rasulullah dengan membawa mahkamah budak sekolah memakai serban di Negeri Sembilan beberapa tahun lalu. Kenapa Kerajaan UMNO tidak sensitif kenapa memalukan Islam didepan rakyat bukan Islam di Malaysia sehingga ke mahkamah? Ini belum lagi kenyataan menghina Rasuluillah oleh pemimpin UMNO Tun Mahathir menghina nabi bila mengulas hukum hudud ,hukum pakai janggut dan banyak lagi.
Sepatutnya kita perlu sensitif bermula dalam diri dan dalam negeri dan dalam negara kita sendiri.
Bila kita ada pendidrian sendiri dan tatacara serta peraturan menghina difahami terutama pemimpin UMNO dan ahli UMNO dan semua rakyat Malaysia maka insyallah sukar berlaku penghinaan begini.Dan jika semua negara Islam terutamanya membuat tindakan begini maka pemimpin dunia dan rakyat dunia akan faham dan tiada lagi berlaku penghinaan begini. Jangan lupa BN/UMNO kini memang tercari isu merapatkan sokongan Pengundi Pakatan Rakyat dan peluang begini mereka akan manipulasi secara jangkamasa pendek. Maka berhatilah!
FIKIRLAH SENDIRI !

1 comment:

zul_neem said...

assalamualaikum

Ada kelainan bila menyentuh ungkapan yakni melakukan demonstrasi besar-besaran yang akan merugikan kita juga.Bila sebut pertentangan dan perbantahan boleh digunakan pelbagai ragam cara,antaranya ialah peperangan,embargo,isolation,sabotaj,pemberontakan dan pertuduhan dan hukuman berdasarkan undang-undang yang ada serta banyak cara lagi.Penyakit yang utama dialami oleh kerajaan umat islam ialah idealisma asing menyerapi para pemimpin umat islam dalam menerajui hala tuju negara mereka.Sehingga penyatuan umat islam amat payah dicapai secara seluruhnya apabila negara bangsa dan konsep nationalisme diwujudkan untuk umat islam amnya.Divide and rule adalah asas penerapan racun penjajah kafir kepada negara umat islam yang berada dibenua africa,timur tengah dan asia belah sini serta pernonjolan parti warisan mereka dan sistem pendidikan penjajah bermahajalela, yang memainkan peranan penting membentuk budaya masyarakat dan telah memberi kesan yang besar kepada kekuatan dan penyatuan lebih urang 1.5 billion umat islam didunia ini.Lebih malang lagi parti-parti warisan penjajah dan tokoh-tokoh anak didik mereka yang dipimpin dan terdiri dari kalangan orang yang beragama islam yang memegang kuasa kerajaan dan polisi negara,telah mengorak langkah songsang dari apa yang dimahukan oleh agama atau din Islam mereka(rakyat umat Islam) didalam membentuk kerajaan dan negara,sistem pendidikan,sistem ekonomi dan sosial.Konsep Uluhiyah dan rubbuhiyah serta ukhwah umat islam dimerata dunia tiada menjadi teras dan pemangkin kepada pembinaan negara yang dipimpin oleh mereka tadi.Keadaan ini tidak mendatangkan keberanian bagi pemimpin bagi sebuah negara umat Islam masa kini sebagaimana ditunjukan oleh pemimpin kerajaan abassiyah dimasa zaman kegermilangan Islam menghantar tentera kesebuah negara musuh demi membela maruah muslimah yang dihina oleh negara itu.Umno dan pemimpin Melayu yang beragama Islam wajib memberi laluan mudah bagi umat islam bagi membangun bersama Islam dan memenuhi keadilan didalam negara sebagaimana dikehendaki oleh agaman islam anutan mereka itu.Maka apa yang terkini demonstrasi yang dilakukan oleh umat islam khususnya yang majoritinya orang melayu demi membantah penghinaan keatas nabi agong umat islam perlu disokong oleh Umno tanpa ragu-ragu dan takut-takut demi penyatuan ummah islam dari sakibaki kekuatan yang ada dan pembinan kearah kekuatan umat islam sedunia untuk menakutkan musuh Islam yang hina dan mengalahkan mereka.Demonstrasi adalah antara alat yang baik dan diplomasi kekerasan didalam katogeri penentangan dan bantahan.wallahualam.