Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, May 7, 2012

PRU 13 MENGEJUT ATAU TAHUN BERIKUT !

Benarkah Najib Razak akan mengumumkan pilihanraya Julai 2012 akan datang? Kita faham mandat BN hanya hingga Mac 2013.
Kalau Teman buat agakan, DS Najib akan lakukan selepas Bajet 2013 atau tahun depan berdasrkan faktor PM sudah sah jadi saksi di mahkamah di Perancis dan mujur ada teman iaitu Zahid Hamidi .Faktor kedua , dikabarkan Najib perlukan wang untuk PRU13 dari hasil pengapongan FELDA Ventures atau plan B menjual ladang Tabung Haji 80,000 ekar .
PILIHANRAYA umum kununnya mungkin berlaku seawal Julai depan sebelum bulan Ramadhan kerana Bersih 3.0 tidak memberikan kesan terhadap sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN), demikian menurut sumber BN.

The Malaysian Insider difahamkan pilihanraya tidak akan dilaksanakan pada Jun ini kerana Datuk Seri Najib Razak akan bercuti ke luar negara selama dua minggu bermula pertengahan Mei, walaupun beliau akan menghadiri perjumpaan 'Rakan BN' di London pada 14 Mei.
"Selepas sambutan ulang tahun Umno pada 11 Mei, Perdana Menteri akan menghadiri satu majlis di London, majlis graduasi anak lelaki beliau sebelum ke Sepanyol untuk bercuti," jelas sumber kepada The Malaysian Insider.

"Berkemungkinan pilihan raya tidak akan berlaku dalam bulan Jun. Julai seperti sangat sesuai memandangkan kebanyakan pemimpin BN sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya, katanya dan menambah, ia mungkin dilaksanakan sebelum 19 Julai memandangkan bulan puasa dijangka akan bermula. Lebih 60 peratus rakyat Malaysia beragama Islam dan berehat daripada aktiviti politik ketika bulan puasa.

Namun Perdana Menteri itu, ketika menjawab soalan pemberita di sini, tersenyum apabila diajukan persoalan tersebut dan menjelaskan "tarikh pilihan raya tidak akan tergugat dengan perkara itu."

"Ia terpulang kepada rakyat. Kita akan membuat keputusan berdasarkan pandangan rakyat terhadap kerajaan, tunggu sahaja," kata Najib.

BN perasan atau buat-buat ok untuk sedapkan hati mereka sendiri dan untuk membuat sedikit penaikkan rating Najib kerana kebelakangan ini BN baut-buat ok walaupun sambuta semasa di Gua Musang dan Kuantan biasa saja itupun dikatakan menggunakan panggilan bas melalui syarikat bas.

Statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan jumlah pertambahan pengundi tertinggi adalah Selangor dengan 165,222 individu, diikuti Johor (124,240), Perak (96,710), Sabah (86,927), Kedah (84,704), Kelantan (69,344), Penang (64,029), Sarawak (63,305), Kuala Lumpur (61,040), Pahang (59,639), Terengganu (45,190), Negeri Sembilan (42,009), Melaka (31,827), Perlis (9,881), Labuan (2,863) dan Putrajaya (1,920).

Bersih, pertubuhan dengan 84 gabungan NGO. telah menolak daftar pemilih SPR dan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih ketika perhimpunan mereka sejak 2007, dan terbaru pada 28 April lalu, yang menyaksikan ribuan masyarakat turun ke jalanan untuk mengadakan tunjuk perasaan aman duduk bantah.

No comments: