Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, May 7, 2012

3 TUNTUTAN TAMBAHAN BUAT BN

Lapan Tuntutan Bersih 2.0 adalah:

1. Pembersihan senarai pengundi berdaftar

2. Mereformasikan undi pos

3. Penggunaan dakwat kekal

4. Tempoh berkempen minima 21 hari

5. Akses media yang bebas dan adil bagi media arus perdana

6. Pengukuhan institusi awam

7. Hentikan rasuah

8. Hentikan politik kotor


Tiga Tuntutan Tambahan “Duduk-Bantah” Bersih 3.0 adalah :

1. Suruhanjaya Pilihanraya mesti meletak jawatan, terutama sekali atas kegagalannya dalam melaksanakan tanggungjawab dan telah kehilangan kepercayaan umum.

2. Proses pilihanraya mesti dibersihkan sebelum Pilihanraya Umum Ke-13.

3. Menjemput pemerhati antarabangsa untuk meneliti proses Pilihanraya Umum Ke-13.

Bukti terbaru yang menunjukkan bahawa Malaysia masih jauh daripada melaksanakan pilihanraya yang bebas dan adil adalah, pertamanya, tuduhan melulu dan dakwaan Perdana Menteri Najib Tun Razak bahawa perhimpunan Bersih 3.0 adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional; dan keduanya, sokongan membuta tuli yang telah diberi oleh tiga bekas Ketua Polis Negara terhadap dakwaan Najib itu.

Telatah yang tidak bertanggungjawab oleh pihak Perdana Menteri dan tiga bekas Ketua Polis Negara merupakan contoh terkini dan contoh yang jelas mengapa Lapan Tuntutan Bersih 2.0 masih relevan, penting dan tidak mungkin ditunaikan, dan merupakan satu sebab kukuh bagi semua rakyat Malaysia yang menghargai kebebasan yang ada untuk mendesak sekeras-kerasnya untuk Pilihanraya Umum Ke-13 dijalankan di atas medan yang a

No comments: