Datuk Syed Sobri Syed Hashim
ALOR SETAR - Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, Datuk Dr Abd Isa Ismail mengesahkan Adun Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim telah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat ekoran laporan Jabatan Insolvensi membuktikan beliau sudah muflis sejak 7 April 2010.
Katanya, berdasarkan laporan rasmi itu, secara automatik Syed Sobri tidak boleh hadir Sidang Dun Kedah, bermula hari ini.
“Saya sudah maklumkan pada beliau melalui surat rasmi yang dihantar Ahad lalu bahawa beliau tidak boleh hadir sidang Dun sebab sudah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat,” katanya.
Menurutnya, pihaknya menerima laporan daripada Jabatan Insolvensi minggu lalu dan daripada laparon itu, Syed Sobri sudah pun diisytiharkan muflis sejak 2010.
Mengulas mengenai kekosongan kerusi Dun Kuala Nerang sejurus pengesahan itu, Dr Abd Isa berkata, ia perlu diisytiharkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Sama ada kerusi Kuala Nerang perlu dikosongkan atau sebaliknya, bukan bawah bidang kuasa saya. Itu hak SPR untuk umumkan. Saya bercadang menghantar salinan dokumen berkaitan kepada SPR hari ini (semalam),” katanya.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
4 comments:
Maknanya sejak tu dah jadi adun haram le ye? Elaun kena hantar balik weh!
betul, betul, betul
kalau mcm tu selama ni UMNO/BN sorokkan atau lambat-lambatkan surat istihar muflis tu...patutnya 2010 dah ada Pilihan Raya Keci....memang celeka...makan duit haram jadah.
Kalau betoi pun, apa nak diherankan.Kita dah sedia maklum benda yang HARAM itulah yang diperebutkan oleh UMNO/BN.Puak-puak nie bukan kenai HUKUM-HAKAM janji perut kenyang dan poket penuh.Tu sebab diaorang FOBIA bila KORANG sebut KETELUSAN,HUDUD,NEGARA ISLAM,NEGARA BERKEBAJIKAN DLL LAGI.
Post a Comment