Pengerusi SPR dan timbalannya kata mereka akui ahli UMNO tapi tak pernah mendaftar, tak pernah membayar dan tak pernah masuk mesyuarat UMNO. Apa maknanya tu? Itu bermakna UMNO ramai ahli yang dipaksa atau ahli haram! Ahli didaftarkan oleh orang lain .
[SH] SHAH ALAM - Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengakui beliau pernah menjadi ahli Umno sambil menegaskan, apa yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat satu "fitnah, tidak matang dan bertujuan menjatuhkan imejnya."
Bagaimanapun Wan Ahmad tidak ingat bila dan cawangan mana beliau didaftarkan sebagai ahli kerana pendaftaran itu dilakukan orang lain.
"Mungkin saya didaftarkan pada penghujung 70-an atau awal 80-an di cawangan Gombak, Damansara atau Subang Jaya," kata beliau kepada Sinar Harian.
Beliau menjelaskan demikian ketika menjawab cabaran Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail kelmarin supaya menafikan beliau bukan ahli Umno bagi membuktikan beliau benar-benar berkecuali.
Wan Ahmad mendakwa, sejak menyertai Umno, beliau tidak pernah hadir apa sahaja aktiviti dan mesyuarat parti itu.
Ditanya berulang kali sama ada beliau masih ahli Umno, beliau berkata: "Saya tidak tahu dan tidak pernah ambil tahu. Saya bukan ahli politik, saya kakitangan kerajaan dan masih kekal sehingga ke hari ini. Saya bercakap benar."
Wan Ahmad, anak kelahiran Terengganu, menjadi pegawai di Kementerian Luar Negeri pada akhir 70-an dan dilantik sebagai Setiausaha SPR pada 1998 dan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi SPR selepas bersara.
Katanya, dalam proses itu, beliau tidak pernah memeriksa status keahliannya dalam Umno.
"Semua kakitangan awam tidak dibenarkan aktif dalam mana-mana parti. Sekiranya mahu aktif, mereka perlu melepaskan jawatan yang dipegang. Saya masih berkhidmat, dan itu bukti saya bukan ahli yang aktif," katanya.
Beliau menyifatkan isu keahliannya yang ditimbulkan oleh Saifuddin sebagai fitnah, tidak matang dan bertujuan menjatuhkan imejnya.
Wan Ahmad menegaskan, tidak perlu bagi Saifuddin menimbulkan cerita lama dan remeh-temeh kerana 'semua orang ada sejarah masing-masing'.
Katanya, perlu diingat ketika menjadi ahli Umno lebih 30 tahun lalu, beliau tidak tahu masa depannya...
Ahli Umno: 'Sudah terlalu lama, saya tidak ingat'
Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
[SH] KUALA LUMPUR - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tidak pernah mendaftar atau memohon untuk menjadi ahli Umno, walaupun tidak menolak kemungkinan namanya tersenarai dalam parti tersebut.
“Saya tidak ingat langsung bila dan di mana saya pernah menjadi ahli Umno, boleh jadi ada mana-mana pihak memasukkan nama saya selepas tamat universiti, awal 70-an dulu.
“Itu pun saya tidak dapat pastikan di kawasan mana sebab lepas tamat belajar saya tinggal di beberapa tempat, antaranya Segambut, Selayang dan Ampang. Jadi kalau ada pun yang menamakan saya, memang saya tidak tahu di mana,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau menjelaskan tidak tahu nombor keahlian, tidak pernah membayar yuran tahunan dan tidak pernah menghadiri mana-mana mesyuarat parti, jauh sekali dari memegang apa-apa jawatan parti.
“Perkara sudah terlalu lama, saya tidak ingat, hinggalah hari ini (semalam) ada pihak yang membangkitkan perkara ini dalam akhbar,” katanya mengulas berita muka depan Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, tidak adil mana-mana pihak mengambil fakta yang sudah terlalu lama dan dilupakan semata-mata untuk dijadikan isu.
“Saya ingin menegaskan kalau pun betul ada orang mendaftarkan saya sebagai ahli parti, itu tidak sama sekali menjadikan saya berat sebelah atau bias dalam mengendalikan SPR. Saya tidak pernah berasa terikat sepanjang berkhidmat di sini,” tegas beliau mengulas laporan Sinar Harian dan Sinar Harian Online semalam....
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
wan Omar kata :"itu taik aku, tapi aku tak ingat bila aku berak, mungkin taik yang aku berak zaman budak-budak dulu atau taik aku berak yang jatuh dari jamban keretapi"
Pembohong dah jadi kaki auta.
kepala otak mu!
Bukan UMNO paksaan atau umno belaan tapi UMNO JADIAN. Bila bulan mengambang bertukar laa jadi umno jadian hahaha..
Wahai teman2 di luar sana... boleh percaya ker alasan2 dari orang ini. kalau mengaku "benar" malu, tak mengaku dah pecah tembelang... Golongan aper jenis ini?
Post a Comment