Teman faham kita semua manusia yang ada kelemahan dan kekurangan. Wahai Tunku Abdul Aziz , sapa nak langgar undang2 ? Kalau kerajaan atau pehak berkuasa yang halang hak rakyat berhimpun dan menyusahkan rakyat dengan buat ubahan atau transformasi last minute sapa tak marah!
Masa pejuang UMNO dulu berjuang , mereka pun tak mahu langgar undang2 tapi terpaksa buat juga sebab tiada ruang diberi oleh pihak British kecuali dengan menyogok dan buat perjanjian damai dan kununya tiada kacau bilau.
Bukankah PM kata "Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan"? Jadi jika suara rakyat seperti ini tidak diberikan perhatian, apakah masih lagi menepati konsep yang digembar gemburkan di kaca TV? Jika kerajaan membenarkan kebebasan rakyat bersuara di TV, iaitu bukan hanya berita orang2 pro-kerajaan sahaja yang disiarkan, malah golongan pembangkang diberi kesempatan menggunakan media tv sama seperti mereka, rasanya perhimpunan BERSIH ini tak perlu diadakan pun tak apa.
Sebagai umat Islam pula kita wajib menyokong mereka yang ingin menjalankan hukum dan undang2 Allah dalam negara. Bumi ini hak milik Allah dan apakah kita berani berkata bahawa hukum Islam itu tak layak diaplikasikan dalam negara tempat bumi berpijak? Bukankah dengan menolak menjalankan hukum Islam dalam negara bermakna kita menolak menjalankan hukum Allah di bumi Allah? Apakah kita tak malu diberi nafas dan kehidupan serta nikmat dalam dunia oleh pencipta kita tetapi kita tidak menyokong orang yang mahu menjalankan hukum Allah di atas muka bumi? Mengapa kita perlu meyokong orang yang menggunakan hukum manusia (British) sebagai perundangan yang adil? Mengapa kita tak mahu bangkit menegakkan hukum Allah?
Di atas adalah Petikan Dr Maza
KUALA LUMPUR, 26 April — Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim hari ini menyuarakan bantahan terhadap penganjuran perhimpunan “Duduk Bantah” oleh Gabungan Menuntut Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) di Dataran Merdeka, Sabtu ini.
Tunku Abdul Aziz (gambar) ketika berucap pada sidang Dewan Negara di Parlimen hari ini menolak perhimpunan berkenaan kerana ia bakal menimbulkan kekacauan walaupun pada awalnya dikatakan sebagai perhimpunan aman.
“Prinsip demonstrasi jalanan selalunya dimulakan dengan situasi aman, namun banyak kes perhimpunan yang berakhir dengan kekacauan dan keganasan.
“Siapa akan bertanggungjawab? Penganjur mungkin tiada di lokasi, dan telah menjadi kebiasaan, masyarakat akan menyalahkan pihak berkuasa sekiranya berlaku kekacauan,” katanya kepada pemberita selepas sesi Dewan berhenti rehat.
Rujuk MalaysiaInsider
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Ini namanya PEMIMPIN TAHI KUCING
Tak sanggup susah bersama rakyat tapi hati mau jadi pemimpin saja.
Pemimpin cam ni...buang dalam lubang tandas saja.
Post a Comment