MAS, Firefly menang anugerah jenama putra
25 April 2012
KUALA LUMPUR, 25 April — Malaysia Airlines (MAS) dan anak syarikat milik penuhnya, Firefly, merupakan pemenang utama Putra Brand Award, anugerah penilaian jenama yang ditentukan menerusi pilihan pengguna.
MAS memenangi Emas untuk kategori Pengangkutan, Perjalanan dan Pelancongan manakala syarikat penerbangan komuniti, Firefly, memenangi Anugerah Harapan.
Melaporkan Bernama Online, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif Firefly Ignatius Ong Ming Choy, menerima anugerah masing-masing daripada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
“Saya memuji usaha petugas kami dalam penyampaian perkhidmatan yang konsisten dan cemerlang dan merealisasikan janji-janji Malaysia Airlines kepada pengguna,” kata Muhyiddin dalam satu kenyataan.
“Menerusi usaha berterusan mereka, kami akan mencapai kejayaan dalam inisiatif pemulihan, selain memperoleh lebih banyak perakuan ke atas jenama, produk dan perkhidmatan kami,” memetik Bernama Online.
Pemenang diputuskan berdasarkan keputusan daripada kaedah kajian menyeluruh secara dalam talian ke atas kira-kira 6,000 pengguna di seluruh negara bagi memilih jenama pilihan Malaysia dalam 18 kategori.
« Internet Access BLOCKED in MAS!
“Perompak-perompak Negara” – Part 1
April 24, 2012 by weechookeong
Yours truly speech during the debate on Akta Pasaran Modal dan perkhidmatan 2007 on 19-4-2012. Below is the verbatim report in the Hansard.
10.53 mlm. (19-4-2012)
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangkit untuk membahas rang undang-undang ini bernama Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Apa- apa yang disebut tadi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri memang bagus. Ini untuk mengawal seliakan pasaran modal
dalam negara kita. Akan tetapi kita sudah tahu bahawa pasaran modal di dalam negara kita sekarang ini boleh dikatakan seperti sebuah kasino, kasino yang berlesen untuk orang bermain saham-saham. Masalahnya adalah mengawal selia ada masalah, penguatkuasaan ada masalah.
Sampai hari ini kita tengok banyak insider trading dan sebagainya tetapi tidak ada seorang pun tertuduh di mahkamah sampai hari ini. Listed companies tidak ada dikawal selia masalahnya dan saya hendak menyentuh sedikitlah mengenai dengan MAS ini yang di bawah pasaran modal juga, security market, public listed company.
Sebelum itu saya ingin meminta izin untuk menyatakan bahawa kita bersyukurlah negara kita di mana baru-baru ini walaupun kapal terbang MAS ada masalah dengan enjinnya terbakar tetapi tiada nyawa terkorban.
Walaupun saya ada sahabat Datuk Rockie Blue dalam pesawat MH002 daripada Kuala Lumpur ke London. Oleh kerana kepakaran dan kecekapan pekerja-pekerja MAS di mana kita menyelamatkan lebih kurang 300 manusia termasuk warganegara Malaysia dan luar negeri. MAS ini pun namanya boleh kata safetylah dalam MAS ini, adalah yang amat baik. Alhamdulillah oleh kerana kecekapan pekerja-pekerja MAS ini.
Walaupun mereka pekerja-pekerja ini dianggapkan oleh pengurusan tertinggi MAS, di Parlimen mereka datang memberi taklimat mengenai share swap ini.
Menyatakan pekerja-pekerja MAS ini adalah low productivity, saya quote, untuk saya, bukan. Ini ternyata di mana 300 nyawa telah diselamatkan oleh mereka termasuk pilot, cabin crew dan ground crew tetapi ini bukan kerana pengurusan tertinggi MAS yang menyelamatkan nyawa manusia ini, pekerja.
Made that clear dan saya amat sedih hati bila pengurusan tertinggi, Ahmad Jauhari datang ke sini menyatakan mereka ini low productivity. Ini sudah ada satu evidence, ternyata mereka menyelamatkan 300 nyawa termasuk Datuk Rockie Blue sahabat saya dan seorang blogger Datuk Rockie dan Rockie Blue
blognya.
DR 19.4.2012 203
Akan tetapi MASnya telah dijahanamkannya, bukannya oleh share swap.
Sebelum share swap, di mana BinaFikir Sdn. Bhd. telah dilantik oleh Tan Sri Md Nor pada masa itu jadi MD kepada MAS, sekarang ini sudah balik jadi Pengerusi MAS. Baru-baru ini saya meminta satu penjelasan, berapakah consultancy fees yang dibayar oleh MAS kepada BinaFikir Sdn. Bhd. yang
pada masa itu dimiliki oleh Tan Sri Azman Mokhtar dan Mohammed Rashdan.
Sekarang Tan Sri Azman Mokhtar telah di dalam Khazanah, MDnya dan Mohammed Rashdan sebagai Deputy CEO. Berapa kali saya minta, berapakah ini consultancy fees ini, tidak diberi. Sampai Timbalan Menteri, Yang Berhormat Dato’ Donald Lim Siang Chai telah janji akan memberi dalam
dua-tiga hari.
Saya baru terima satu jawapan dan inilah jawapannya, bagi isu berhubung bayaran perunding atau consultancy fees, pendedahan terperinci nilai kontrak bagi setiap konsultan termasuk bayaran kepada BinaFikir tidak dapat dimaklumkan kepada pihak ketiga kerana MAS perlu mematuhi akujanji kerahsiaan dan peruntukan di dalam perjanjian yang ditandatangani oleh MAS dan pihak konsultan terlibat. Sekiranya MAS mendedahkan nama syarikat-syarikat tersebut berserta dengan yuran perunding kepada pihak ketiga, MAS akan terdedah kepada tindakan perundangan yang boleh diambil oleh syarikat-syarikat berkenaan.
Apa kerahsiaan yang threaten national security? Apa kerahsiaan? Kita hendak tahu berapakah harga consultancy fees itu. Bukan kita hendak tahu apa yang terkandung dalam reportnya. Seperti katalah satu itu fail rahsia,
Official Secret Act. Tidak bolehkah kita hendak tanya kepada kerajaan, berapakah harga-harga kerajaan membayar kepada kertas-kertas yang digunakan. Bolehkah kerana kertas itu, di dalam fail itu di bawah official secret, kita tidak boleh tahu.
■2300
Walau bagaimanapun inilah Dewan yang mulia sekali dalam negara badan yang teragong dalam negara. Kenapakah kementerian tidak boleh memaklumkan kepada Dewan ini? Hendak sembunyikan. Kita sudah tahu lebih daripada RM30 juta dibayar kepada konsultan ini. Konsultan conmen sekarang jadi ketua di
MAS nombor dua. Inilah amat-amat tidak boleh terima. Saya harap Menteri beri jawapan dengan tegas yang telus perkara ini. Jangan hendak sembunyikan untuk hendak selamatkan satu orang sahaja. Oleh kerana MAS ini adalah satu syarikat negara, satu ikon negara kita jangan jahanamkan MAS.
WAU ini adalah bukan hendak pulihkan MAS bukan hendak selamatkan MAS kerana kita sudah nampak. Hari ini dia kata MAS adalah bleeding, MAS sekarang ini adalah sick patient, dengan izin. Kalaulah WAU di bawah BinaFikir pada tahun 2003 adalah baik terbaik sekali hari tidak ada masalah.
Oleh kerana WAU ini digunakan oleh mereka puak-puak ini, puak-puak perompak negara ini untuk apa? Saudara Azman Mokhtar, Rashdan untuk apa?
Untuk hendak rompak MAS asset sleeping so, kita sudah nampak selepas WAU mereka jual MAS Catering, kepada siapa? Kepada adik kepada bekas Perdana Menteri dan selepas jual MAS Catering tandatangani 25 tahun punya perjanjian yang berat sebelah. Di mana MAS perlu bayar berapa, RM6.25 bilion tiap-tiap tahun RM300 juta lebih kurang juga jual MAS Complex 32 bangunan. Selepas jual MAS Complex tandatangani balik satu list untuk 57 tahun setahun RM80 juta so, MAS tiap-tiap tahun perlu mengeluarkan RM400 juta sudah…
Datuk Ismail Kasim [Arau]: [Bangun]
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Silakan Yang Berhormat Arau.
Datuk Ismail Kasim [Arau]: Terima kasih sahabat saya dari Yang Berhormat Wangsa Maju,Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya Yang Berhormat umum mengetahui bahawa
DR 19.4.2012 204
MAS Airlines ini di antara airline yang mementingkan keselamatan. Di antara airline yang dianggap di antara airline-airline ternama di dunia ini MAS di antara yang boleh dikatakan terunggul dalam mementingkan elemen-elemen keselamatan. Jadi saya ingin bertanya Yang Berhormat apabila kita mengetahui perasaan yang tidak menentu yang ada pada kakitangan teknikal sebelum membuat penerbangan. Adakah ini juga turut membahayakan kabin krew dan juga penumpang-penumpang terutamanya mereka yang melihat bahawa airline ini sekarang ini sudah berada dalam keadaan yang tidak menentu? Sekali gus mereka menganggap bahawa airline ini sudah boleh disamakan dengan airline-airline yang sudah berada di ambang kejatuhan.
Jadi kita tidak mahu ini berlaku. Sebagai national flight saya mahu berkongsi dengan Yang Berhormat, apakah langkah yang boleh diambil oleh kerajaan untuk campur tangan secara langsung bagi memastikan bahawa MAS Airline ini berada di landasan seperti di masa zaman pengurusan Tan Sri Aziz dahulu?
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Terima kasih Yang Berhormat Arau yang memberikan satu pandangan yang baik mengenai ini dan juga remind sayalah mengenai perkara ini yang saya terlupa tadi, tercicir boleh kata. Masalah ini kerana selepas share swap pada bulan Februari tahun ini. Pengurusan tertinggi MAS sekarang ini Ahmad Jauhari, Rashdan dan Md Nor telah melantik seorang yang bernama Azhari Dahlan daripada AirAsia X. Air Asia masuk jadi ketua engineering dan beliau, dia ini tidak ada satu approve oleh DCA nominated post holder di bawah seksyen 24(O), bawah Civil
Aviation Act di mana ketua yang begini yang engineering department ini perlu ada satu boleh kata seperti sijil yang telah diluluskan oleh DCA dan saya telah bangkitkan baru-baru ini.
Orang yang tidak layaklah, dia tidak ada kelayakan untuk jadi ketua tetapi ditaruk di sana kerana apa? Ini kerana dia datang daripada AirAsia dan juga termasuk Roslan Omar, CFO atau Chief Financial Officer di MAS. So, kerana itulah baru jadi satu masalah kerana unqualified person shading engineering department of MAS. So inilah jadi satu masalah besar. Saya percaya kemungkinan hari ini dalam NST menyatakan adalah satu sabotaj dan saya percaya bahawa sabotaj ini bukan sabotaj oleh pekerja tetapi sabotaj oleh Azhari Dahlan ini supaya mereka boleh jahanamkan MAS. So mereka boleh
lagi cepat mengambil alih MAS jadi namanya AirAsia, tidak ada MAS sudah.
So saya setuju dengan Yang Berhormat Arau bahawa kerajaan perlu ambil tindakan dengan segera. Untuk menghentikan CCF ini dan share swap kerana share swap dan CCF ini bukan untuk menyelamatkan MAS bukan untuk jaga kepentingan MAS.
Akan tetapi seolah-olahnya untuk menjaga kepentingan puak-puak AirAsia termasuk AirAsia X, itu sahaja. Ini kerana kita boleh nampak dari segi tindakan-tindakan yang telah diambil selepas share swap.
Pada 9 Ogos 2011 di mana pada masa itu satu share swap ini boleh kata tergempar kita tidak terkejut yang mengejutkan sebuah negara. Tiba-tiba pada 8 hari bulan Ogos 2011 saham MAS dan AirAsia telah disubstandard di Bursa Saham Kuala Lumpur menanti satu pengumuman. Pada 9 Ogos 2011 Tan Sri Mokhtar ini, perompak negara ini dari Khazanah mengumumkan bahawa satu share swap ini share swap boleh kata secret share swap akan dilaksanakan.Pada masa itu juga dengan Tune Air yang memiliki AirAsia Berhad dan AirAsia X Sdn. Bhd.. Pada masa itu juga…, no sorry pada 6 hari bulan Ogos 2011 pada masa itu kita telah baca dalam Malaysia Insider puak-puak dia orang juga mengeluarkan satu kenyataan dalam news portalnya. Menyatakan dengan amat accurate apa yang akan berlaku, Tengku Azmil bekas MD akan
ditendang
DR 19.4.2012 205
keluar selepas ditandatangani. Ini tiga hari sebelum perkara ini berlaku dan bagaimana share swapnya rationya berapa 20.5% saham MAS akan diberi kepada Tune Air dan Tune Air memberi 10% itu saham AirAsia. Ini satu yang tidak boleh terima sebab itu hutang…
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat sudah 20 minit Yang Berhormat.
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua. Juga baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua, ini adalah amat penting. Saya telah minta pada 30 Oktober 2011 mengenai dengan Insider Trading mengenai dengan saham between MAS dengan share swap AirAsia ini. Kementerian MOF juga
menyatakan bahawa satu siasatan telah dijalankan oleh SC dan Bursa Saham Kuala Lumpur. Sampai hari ini kita tidak ada dapat apa-apa hasilnya, kemungkinan hendak cover up. Juga yang…Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat saya mintalah Yang Berhormat.
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Last Tuan Yang di-Pertua yang last. Ini adalah baru- baru ini dua tiga hari ini kerana AirAsia X telah cancel dia punya ataupun terminate dia punya flight daripada Kuala Lumpur-London, London-Kuala Lumpur, Paris, di India, Delhi dan Bombay.
■2310
Mereka tidak ada charge dia punya fare. Itulah yang saya telah dedahkan dalam blog saya. Pada 15 Mac 2012, selepas itulah mereka ini kelam-kabut dan sebagainya. Pada 28 Mac 2012 pada jam 12.26 tengah malam menyatakan satu perjanjian telah ditandatangani antara MAS dan AirAsia dan tidak ada masalah. Ini semua on the board, ‘untrained’ transaction. Saya baru dapat satu perjanjian mengenai dengan re-accommodation agreement di antara MAS dan AirAsia. Harganya seperti berikut. Kuala Lumpur ke London RM1,111 economy class dan kepada…
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, Yang Berhormat…
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Sedikit, satu minit Tuan Yang di-Pertua. Ini yang penting. Business class, RM6,139. Ini semua termasuk tax. Inilah perjanjian sulit mereka. Ini telah menjejaskan kedudukan kewangan MAS di mana harga yang biasa sekurang-kurangnya RM2,500 untuk economy class dan untuk business class Yang Berhormat Menteri pun tahu sendiri, Yang Berhormat Menteri memang guarantee tahu business class ke London one way ialah RM19,670 dan dia caj kepada penumpang AirAsia X ini untuk re-accommodate, to uplift, RM6,000 sahaja. Bukankah ini telah menjejaskan kedudukan kewangan MAS? Inilah menunjukkan bahawa keadaan pengurusan tertinggi MAS ini adalah harapkan pagar, pagar makan padi. So, saya harap kementerian yang pertama, memberitahu berapa BinaFikir consultancy fee.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Okey, Yang Berhormat.
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Ini bukan rahsia. Yang kedua, buat satu siasatan. Auditor General, MACC dan polis ambil tindakan menyiasat perkara ini kerana ini adalah satu kegiatan untuk asset stripping juga yang share swap ini dan CCF ini akan menjejaskan MAS dan pekerja-pekerja MAS ada 20,000. Termasuk waris-waris mereka, kita times dua, 40,000. Kalaulah pilihan raya akan datang, saya kata Selangor guarantee habis. Mungkin kosong kalau tidak ada tindakan yang tegas
DR 19.4.2012 206
diambil untuk memenjarakan perompak-perompak negara ini, Rashdan, Tan Sri Mokhtar, Tony Fernandes, Datuk Kamaruddin Meranun ini.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, sudahlah Yang Berhormat.
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Inilah lanun negara. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Minta maaf kerana isu ini amat important.
Part 2 will be published tomorrow
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment