ABU - Asalkan Bukan UMNO
Ikon Bekas Menteri ini yang masih UMNO amat cenderong dengan rintihan rakyat dan prihatin dengan kelalkuan UMNO/BN membuli dan melanyak undang-undang dan hasil mahsul Malaysia dan juga hak rakyat Malaysia di bawah kerajaan BN ini.Mudahan beliau segera tinggalkan UMNO bagi mengajak ahli UMNO terutama penyokong tegar FELDA meninggalkan UMNO dan jangan sekali beri undi pada BN agar bersama-sama Pakatan Rakyat menyelamatkan Negara Malaysia dan Negeri-negeri di bawahnya.
BALING, 16 April: Puluhan ribu telah menyertai majlis ceramah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil malam tadi di Kupang, dekat sini.
Turut serta di majlis itu adalah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak.
Ini adalah majlis ceramah pertama yang dibuat oleh Tan Sri Kadir di atas pentas PAS selepas mengisytiharkan keluar dari Umno.
Kadir ketika bertemu dengan Presiden dan pimpinan PAS yang lain di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut baru-baru ini telah bersetuju untuk berceramah di atas pentas PAS.
Sebelum ini, Kadir telah mengumumkan keluar dari Umno ekoran tindakan pimpinan Umno mempertikaikan beberapa kenyataannya sebelum ini.
Namun sehingga kini beliau belum mengisytiharkan untuk menyertai mana-mana parti.
Ceramah yang sertainya malam tadi adalah sempena dengan kunjungan pimpinan PAS yang diketuai Ustaz Abdul Hadi ke Kedah.
14 April lepas, Abdul Hadi berkunjung ke Perlis sebelum berlepas ke Kedah dalam dalam siri kunjungan pimpinan PAS ke negeri-negeri.
Sebelum ini, Abdul Hadi telah mengunjungi Johor, Terengganu dan Pahang.
Ia diatur oleh Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.
Satu lagi pasukan diketuai oleh Timbalan Presiden PAS, Haji MOhamad Sabu.
Semalam, kumpulan yang diketuai Mohamad Sabu melawat Perak dalam siri mempersiapkan jentera PAS sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya ke 13.
http://razali01.blogspot.com/2012/04/puluhan-ribu-sertai-ceramah-kadir.html
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment