Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, April 16, 2012

GARA-GARA KELEMAHAN JPN KERAJAAN MALAYSIA , PESARA POLIS KENA AKUAN SUMPAH !

Komen : Sebelum ini kita diberitahu permohonan BR1M diitolak disebabkan permohonan tak lengkap, tapi ada Penjual karpet, Pendatang Indonesia boleh dapat RM500 BR1M. Ada kes gara-gara kebangangan JPN mengekalkan 12 digit No kad Pengenalan yang sepatutnya 14 digit menghampakan warga emas dari mendapat RM500 tersebut

.Kini pesara polis yang masih hidup boleh diistiharkan mati pada tarikh pesara bersara
.

JEMPOL - Sebelum ini, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dimohon ditolak atas alasan permohonan tidak lengkap.
Bagaimanapun, seorang pesara polis di Bandar Seri Jempol, dekat sini terkejut apabila mendapati masalah itu berpunca daripada kesilapan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang merekodkannya sebagai sudah meninggal dunia.
Segalanya terbongkar apabila Abdullah @ Abd Lah Ujang, 65, datang ke pejabat JPN di sini untuk mendaftarkan kematian isterinya pada 29 Februari lalu.
“Saya terkejut dan bagaikan tidak percaya apabila pegawai JPN memberitahu saya tidak boleh daftarkan kematian­ isteri saya, disebabkan saya sudah meninggal dunia pada 1 September 2000.
Menurutnya, dia pernah membuat rayuan­ berhubung permohonan BR1M, tetapi, sehingga kini belum terima sebarang jawapan.
“Tarikh saya direkodkan meninggal dunia itu sebenarnya tarikh saya bersara sebagai anggota polis,” katanya kepada Sinar Harian di kediamannya di Taman Seri Serting, Bandar Baru Jempol, semalam.
Bapa lima anak itu kemudian­ dinasihatkan pegawai JPN membuat surat akuan sumpah mengesahkan dia sebenarnya masih hidup.
“Segala maklumat berkaitan­ saya sudah serahkan kepada JPN, malah pegawainya juga ada datang ke rumah.
Abdullah berkata, dia bimbang kemungkinan menghadapi masalah lain kesan daripada kesilapan itu, terutama ketika berurusan dengan jabatan­-jabatan lain.
“Saya harap JPN selesaikan masalah saya dengan cepat. Saya bimbang ia menjejaskan peluang saya mengundi pada pilihan raya umum nanti,” katanya.-http://www.sinarharian.com.my/nasional/meninggal-dunia-punca-br1m-ditolak-1.39074

No comments: