Lagi kisah Pak Hasan Pak Cik teman yang asal Kg Gajah. Cara beliau menjawab soalan dan kata-kata puak UMNO sangat mudah tapi buat UMNO tegadah Insyallah join Pakatan Rakyat pun mudah.
Suatu ketika masa beliau(Pak Hasan/Hj Hasan) balik Kg Gajah maka terjumpa seorang Ustaz dan berbuallah di suatu kedai kopi.
Hate Ustaz ni kebetulan baru balik ambil Lima ratus hinggit, maka berkatalah pada Pak Cik teman (Hj Hasan) dengan bersemangat ustaz mengatakan apa lagi nak gambarkan kebaikan Kerajaan BN sekarang semuanya ok tiada cacat cela.
Pak Hasan rasa terpanggil bila ayat "Tidak ada cacat cela " digunakan Ustaz tersebut. Maka jawab Pak Hasan minta maaf bertanya sikt berkenaan Kerajaan sekarang diperintah oleh malaikat atau manusia? Maka Ustaz pun termangu beberapa minit serta tergamam mulut bagai terkemam .Dan selepas tergamam maka tergumam lah beliau bahawa memang betul manusia yang memerintah dan memang tak sempurna maka tidak lari dari kesilapan dan kekurangan. Namaun Ustaz tu masih uba mnegakkan benang basah dengan mengatakan apa lagi yang kurang , kerajaan BN dan sediakan jalan raya, lebuhraya , kemudahan awam dan sebagainya. Hate Pak Cik teman tak mahu mengalah demi kebenaran, lalu Pak Hasan berkata pada Ustaz itu adakah Ustaz membayar cukai jalan(roadtax)? Ustaz itu menjawab memang beliau bayar. Maka Pak Hasan jelaskan lagi bahawa wang dari cukai jalan lah yang dagunakan untuk membina jalanraya, lebuhraya dan sbgnya.Jika kerajaan mana sekalipun akan guna kaedah yang sama lalau terdiam Ustaz tsb.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment