Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, March 17, 2012

3 SURUHANJAYA DAH DITRANFORMASI JADI HANTURAYA

Apa dah jadi dengan tranformasi Najib? 3 Suruhan Jaya dah jadi hantu raya. Pertama SuruhanJaya Pencegah Rasuah Malaysia yang diragui bila 2 warganegara Malaysia mati semasa dalam siastan dan menakutkan rakyat Malaysia . Kedua , Suruhan Jaya Perkhidmatan Awam bila kantoi skim SBPA dan Ketiga ,yang tak sudah-sudah bermasalah kpi hancur, kata nak membersihkan daftar undi tapi lagi teruk sampaikan beratus ribu pengundi ragu masih ujud dan tidak boleh dibuang.Terbaru ..seorang pengundi mendakwa namanya hilang dari daftar undi.Kelmarin nama MB Khalid telah disabotaj ditukar ke tempat lain, walau dijawab oleh SPR namun jawapannya diragui dan tidak logik dari segi akal kecuali orang hilang akal.

KUALA LUMPUR 16 Mac: Seorang pengundi membuat laporan polis berhubung ‘kehilangan’ namanya dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia walaupun beliau merupakan pengundi berdaftar.
Pengundi itu, Ho Heng Thong (gambar) membuat laporan di balai polis Kota Damansara 10 Mac lalu ekoran isu itu.
“Setelah beberapa kali membuat semakan melalui telefon dan internet, saya dapati nama saya sudah tiada, padahal sebelum ini saya pernah mengundi beberapa penggal.
“Saya merasa pelik kerana ada sesuatu yang tidak kena dengan SPR dan tujuan saya membuat laporan ini agar SPR membuat tindakan lanjut,” katanya dalam laporan itu.
Sementara itu, dalam kunjungannya ke pejabat KeadilanDaily hari ini, beliau meminta agar KeadilanDaily mendedahkan penyelewengan itu bagi memastikan haknya selaku pengundi yang sah dipertahankan.
“Selepas didedahkan kelak, saya mahu tahu adakah individu lain turut teraniaya seperti dalam kes ini dan mengapa nama saya tiada dalam daftar SPR sedangkan pernah mengundi hampir setiap kali pilihan raya umum termasuk 2008,” katanya yang ditemani bekas Ketua Penerangan Pemuda Gerakan Selangor yang kini anggota KEADILAN, Delren Douglas.
Ho Heng mendakwa, pada PRU 2008, beliau merupakan pengundi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lanjan dan Parlimen Subang dengan kedua-dua kerusi itu dimenangi KEADILAN melalui Elizabeth Wong dan R. Sivarasa.
Kali terakhir beliau memeriksa nama dalam daftar SPR pada 9 Mac lalu sebelum membuat laporan polis keesokan harinya.
“Saya terdetik mahu periksa nama selepas membaca artikel dalam sebuah akhbar mengenai sistem SPR yang menjadi pertikaian ramai sebelum mendapati nama saya tiada.
“Peliknya, isteri saya yang juga merupakan pengundi di DUN dan Parlimen sama masih ada nama dalam rekod SPR walaupun kami bersama-sama mengundi di kedua-dua kawasan itu pada PRU lalu,” katanya.
Oleh itu, beliau berharap SRP segera menyelesaikan masalah dihadapinya itu.
“Saya belum memeriksa dengan SPR kerana bimbang jika saya merujuk pada SPR dan tiba-tiba nama saya mereka masukan, maka saya boleh didakwa kerana membuat laporan palsu dan sebab itu saya mahu akhbar ini dedahkan dahulu,” katanya.
Sementara itu, semakan KeadilanDaily dilaman SPR juga mendapati nombor kad pengenalan yang dimasukan dalam web itu menunjukan agensi kerajaan itu tiada rekod mengenai beliau.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=28303

No comments: