Astaghfirullah ! Masjid tu rumah Allah janganlah anggap Masjid jadi
Tindakan biadap Pengerusi Masjid Serkam Darat, Ramli Hassan menghalau keluar rombongan Dewan Ulama' PAS Negeri Melaka dari masjid Serkam Darat amat dikesali Naib Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Melaka, Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz petang semalam. "Kami memberitahu Pengerusi Masjid Serkam Darat untuk bertemu Imam Masjid selepas Solat Jumaat tetapi kami dihalau supaya keluar dari masjid itu".
"Ini tindakan yang biadap kerana sebagai seorang Pengerusi Masjid beliau sepatutnya melayan tetamu dengan baik bukannya menghalau kami dengan biadap seperti itu" ujar Ustaz Khairi.
Beliau berkata tujuan rombongan hanya untuk beramah mesra dengan Imam Masjid serta menyampaikan sedikit cenderahati bukannya untuk berhujah dan sebagainya.
Menurutnya rombongan Dewan Ulama PAS Negeri Melaka turun ke Dewan Undangan Negeri Serkam hari ini bagi menjayakan program menziarahi golongan Al Mala'.
Walaubagaimana beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Imam Tua dan Bilal Masjid tersebut yang sudi menerima cenderahati dari Dewan Ulama' di luar pagar masjid.
Turut sama dalam rombongan Dewan Ulama tersebut ialah Ustaz Hasri, Ustaz Helmi, Ustaz Faris, Zulkifli Ghaus dan pimpinan PAS Cawangan Serkam Darat.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment