Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, December 6, 2011

TULISAN YANG MENYERAMKAN UMNO !

Siapa nak tolong Najib...
Perhimpunan Agong UMNO ke-62 telah melabuhkan tirai dengan pelbagai isu yang tak sudah. Selesainya PAU 2011 ini, kami rumuskan seperti berikut;

1. Najib dijangka akan tetap 'menyimpan' Shahrizat dan KJ, kerana orang yang rasa bersalah macam mereka berdua kebiasaannya akan loyal. Orang yang setia sangat penting kepada survival pemimpin sesebuah organisasi, tak kiralah dalam apa bidang sekalipun. Buktinya, sehingga selesai PAU ke-62, masih tidak kedengaran pendirian Najib berkenaan NFC. Adakah sebab nak jaga hati Paklah? Atau Najib memang tak ada jawapan? Khabarnya isu NFC adalah hebohan kem Najib sendiri bagi menggantikan Shahrizat dan KJ dengan orang Najib. Sama ada Shahrizat dan KJ akan kekal sebagai calon, atau menerima musibah bakal disingkirkan, hanya Najib dan Allah saja yang tahu. Jika kekal, maknanya Najib perlukan sayap yang loyal dengannya kerana Shahrizat dan KJ adalah soldadu terbaik yang boleh diperkudakan. Jika tidak...biarlah masa yang menentukan sama ada tepat atau tidak percaturan kem Najib.

2. Najib cuba menyakinkan Bangsa Melayu bahawa dia tidak akan sesekali mengenepikan agenda Melayu; dan tidak juga menafikan yang dia lebih mengutamakan agenda Cina kebelakangan ini. Walaupun dalam ucapan penggulungan di PAU ke-62, Najib menegaskan UMNO memerlukan sokongan etnik lain (adakah benar begitu?), tetapi ramai maklum maksud etnik lain itu sebenarnya adalah Cina. Maknanya agenda Melayu dan agenda Cina adalah sama penting bagi Najib?!...kerana jika benar begitu, kan lebih baik Najib jadi presiden parti Gerakan, PPP, PKR, DAP, KITA etc. instead of jadi Presiden UMNO. Tak gitu?!

3. Wakil Pahang mencadangkan supaya jawatan pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) diberikan kepada ahli parti tersebut yang berkelayakan. Antara alasannya kerana ahli UMNO lebih memahami apa yang diperjuangkan oleh parti selain mempunyai semangat untuk memantapkan ekonomi Melayu.

Walaupun cadangan ini agak kelakar bunyinya jika merujuk kepada prestasi ahli UMNO seperti Nur Jazlan yang mengetuai UDA, bermaksud bukan semua ahli UMNO punya semangat untuk memantapkan ekonomi Melayu. Nur Jazlan contohnya dilihat lebih bersemangat memantapkan ekonomi Cina dan Singapura, berbanding bangsa Melayu Malaysia sendiri. Itu belum cerita bab MAS, Maybank, Felda, TNB etc.

Namun yang menariknya tentang cadangan wakil Pahang ini (atau mungkin cadangan Najib melalui proksi) iaitu memberi 'jalan keluar' atau penyelesaian kepada penyandang ADUN dan AP yang mungkin digugurkan daripada senarai calon PRU-13. Maka akan wujudlah beberapa tawaran untuk mengisi 'kekosongan jawatan yang dicipta' di beberapa GLC atau GLIC bagi memujuk hati ahli UMNO yang tidak mendapat tempat sebagai calon di PRU-13. Khabarnya beberapa Ketua Bahagian UMNO sudah pun ditawarkan timbal balas sebegini.

4. Mendengar ucapan penggulungan Hisham membuatkan kami terlelap beberapa kali. Seorang Menteri KDN bertaraf Naib Presiden UMNO berucap dengan point basi yang terlalu biasa didengar, dan disampaikan pula dengan nada lemah mendatar. Pondan pun agaknya lebih bertenaga berucap andai diberi peluang. Maknanya Menteri KDN lebih cikai daripada pondan. Bilalah UMNO Sembrong nak campak Hisham ni keluar daripada saf kepimpinan. Ramai yang dah lama meluat. Atau UMNO Sembrong sebenarnya tuli?

5. Bait-bait terakhir penuh semangat dalam ucapan penggulungan Najib agak mengujakan kami. Tetiba kami berkongsi semangat yang sama. Cuma kami tertanya adakah Orang UMNO juga turut memiliki semangat sedemikian apabila pulang ke kawasan masing-masing, atau semangat itu semakin pudar ditelan masa.

Agak menarik untuk difikirkan walaupun sesudah hampir 3 tahun Najib memegang tampuk Presiden UMNO, kelihatan hanya Najib dan Muhyiddin saja yang tampak bersemangat. Ahli UMNO lain, kecuali Wanita UMNO, kelihatan longlai tak bertenaga untuk meneruskan perjuangan memenangi PRU-13 dengan sasaran majoriti lebih 2/3.

Sebenarnya Najib perlu terima hakikat bahawa dia tidak punya kekuatan pengaruh daripada akar umbi terutamanya di peringkat kepimpinan bahagian. Ini realitinya. Najib masih belum membuktikan apa-apa dalam erti kata sebenar-benar kemampuan kepada Orang UMNO mahupun Bangsa Melayu, sama ada ketika dia sebagai Ketua Pemuda, Naib Presiden, Timbalan Presiden, mahupun Presiden. Disebabkan Najib masih belum benar-benar teruji itulah, maka kebanyakan kepimpinan UMNO di peringkat akar umbi, mahupun menteri kabinet, tidak mampu menyerap semangat dan gaya politik Najib untuk diterjemahkan kepada rakyat. Akhirnya kelihatan Najib terkapai keseorangan tanpa dibantu oleh Orang UMNO dan jemaah menterinya sendiri.

Hari ini jika dikatakan rakyat terutamanya Melayu telah kembali menyokong UMNO, bolehlah kami berikan kredit itu kepada usaha Najib, dan bukannya usaha jemaah menteri, ataupun Orang UMNO, apatah lagi Orang BN. Walaupun terdapat beberapa kelemahan yang ditunjukkan Najib disepanjang tempoh pentadbirannya, namun majoriti rakyat melihat kesungguhannya mahu melakukan perubahan, walaupun perubahan atau transformasi yang hendak dilakukan itu belum terbukti berkesan.

Kami berpendapat Najib perlu diberi masa dan ruang untuk meraih pengaruh dan sokongan tidak berbelah bagi akar umbi UMNO. Mungkin mandat baru yang bakal diberikan rakyat kepada BN di PRU-13 akan membuka minda Orang UMNO untuk kembali berjuang bersama Najib. Bagi merealisasikan hasrat itu, Najib sememangnya perlu meletakkan calon di kalangan Orang UMNO yang kritikal tetapi setia kepadanya di PRU-13, selain memenuhi kriteria 'Calon Boleh Menang', atau bagi kami sepatutnya kriteria 'Calon Rakyat'. Barulah mungkin negara ini akan kembali semula ke landasan mencipta kegemilangan berterusan.

3 comments:

syahmi said...

apakah keadaan yg membenarkan kita keluar dr memberi ketaatan kpd pemerintah?

fayruzsaad said...

wahai saudaraku syahmi,saya harap anda boleh fahami petikan kata-kata ini dalam definasi yg sedikit berlainan.... bak kata Hang Jebat "RAJA ADIL RAJA DISEMBAH,RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH". tapi ubah perkataan raja itu kepada pemerintah maka saya pasti anda akan mendapat jawapan

Anonymous said...

fayruzsaad...itu kata hang jebat penderhaka...mcm mana plak kata nabi s.a.w??? bukankah baginda melarang kita daripada tidak taat kepada pemerintah..selagi pemerintah itu tidak menghalang kita daripada menjalankan ibadah kepada Allah??