Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, December 7, 2011

BANJIR AIR KITA MAKLUM, BANJIR AWANG HITAM KITA BELUM ?!

Kesan kebanjiran 'Awang Hitam'

JENAYAH yang ditimbulkan oleh warga Afrika di negara ini bukan lagi satu hal terpencil. Saban hari, kita dihidangkan dengan berita kejayaan polis memberkas golongan itu yang melakukan pelbagai kesalahan dan antara jenayah paling utama melibatkan mereka adalah sindiket dadah.

Bagaimanapun, tidak adil jika kita menyalahkan sepenuhnya warga Afrika kerana mereka ini mengambil peluang yang ada.

Dan tidak semua warga Afrika yang berada di Malaysia bersalah dan terlibat dalam jenayah.

Tetapi penglibatan mereka ini ( yang juga digelar sebagai Awang Hitam), mungkin terserlah atas beberapa faktor.

Pertama, warna kulit yang mudah dikenal pasti, menyebabkan masyarakat akan lebih peka jika si pelaku jenayah itu warga kulit hitam dari benua Afrika.

Kedua, golongan Afrika walaupun kini dikategorikan terlalu ramai berada di Malaysia, namun disebabkan jumlah mereka itu masih dianggap minoriti, maka setiap kes jenayah yang dilakukan akan diambil perhatian oleh kita.

Ketiga, mereka ini sebenarnya gemar berhijrah iaitu merantau dari benua ke negara lain, sama ada untuk mencari rezeki, melanjutkan pengajian malah pada masa sama melakukan jenayah di benua lain.

Kita harus ingat, mana-mana lelaki yang gemar berhijrah atau merantau, sudah tentu mempunyai hati yang kental serta keras. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mengubah taraf hidup.

Keempat, warga Afrika khususnya lelaki secara fizikalnya mempunyai tubuh badan yang besar, dan kebanyakan daripada mereka ini bersifat agresif. Jarang kita dengar lelaki Afrika begitu pasif, tidak menonjolkan diri kerana kebanyakan Awang Hitam ini sebenarnya suka menimbulkan kontroversi, agar mereka ini mendapat perhatian.

Kelima, kebanyakan warga Afrika ini peramah, mudah mesra dan seorang rakan yang baik, sekiranya kita mendampingi mereka. Buktinya, dalam perlawanan bola sepak persahabatan antara Malaysia menentang Arsenal di ibu negara pada 13 Julai lalu, penyokong Awang Hitam kelab Liga Perdana Inggeris itu yang berada di Malaysia mudah diajak berbual apatah lagi bergambar.

Keenam, Malaysia kini mengamalkan dasar membuka pintu kepada mana-mana pelajar dari luar negara untuk melanjutkan pengajian di mana-mana kolej swasta di negara ini yang 'tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan'.

Peluang ini digunakan oleh warga Afrika untuk melanjutkan pengajian mereka, dan pada masa sama, dek sifat nakal mereka, Awang Hitam ini akan terlibat pula dalam jenayah.

Setelah dilihat faktor-faktor ini, kita tahu, Malaysia sebagai sebuah negara yang aman, berbanding di sesetengah negara di benua Afrika sering menjadi pilihan mereka untuk datang ke sini.

Faktor kemakmuran yang ada di Malaysia, mendorong mereka datang, bukan sahaja untuk belajar, malah segelintir daripadanya cuba membawa budaya 'agresif' yang ada dari benua mereka ke negara ini.

Maka, berlakulah kebanjiran warga Afrika di negara ini, sama ada yang masuk secara halal untuk belajar atau yang datang untuk melakukan jenayah.

Pembabitan mereka dalam jenayah pula terbahagi kepada beberapa faktor. Tinggal di negara ini tanpa dokumen yang sah juga dikategorikan sebagai jenayah.

Selain itu, warga Afrika sejak pertengahan tahun 1990-an lalu mula terlibat dalam jenayah di Malaysia menerusi sindiket 'black money'. Jenayah itu semakin berkurangan, mungkin disebabkan modus operandi mereka sudah berjaya dihidu oleh polis, namun ia masih berlaku.

Tidak cukup dengan sindiket 'black money', Awang Hitam kini semakin aktif dengan jenayah penyamaran menerusi sindiket penipuan di Internet. Ini adalah jenayah trend terbaru mereka yang beroperasi sama ada di negara ini, mahupun dari luar, memperdayakan wanita Malaysia khususnya yang keseorangan untuk jatuh cinta sebelum ditipu.

Menurut seorang rakan dari sebuah jabatan penguat kuasa di negara ini, apa yang dikesalkan adalah sikap segelintir wanita di negara ini yang begitu mudah terpedaya dengan pujuk rayu Awang Hitam ini.

Mereka begitu percaya dengan cinta palsu yang ditaburkan, malah sanggup naik turun jabatan dan agensi kerajaan untuk membantu teman lelaki mereka sekiranya dia ditahan, sedangkan pihak berkuasa menahan warga asing itu kerana tahu helah mereka untuk menipu.

Pasangan warga asing itu sanggup menuduh agensi penguat kuasa bertindak kejam, cuba memisahkan cinta yang dibina dengan alasan berlainan benua.

Walhal, helah Awang Hitam itu sudah diketahui cuma untuk 'mengayat' mangsa hingga terpedaya dan wanita itu sanggup berkorban kononnya demi cinta.

"Akhirnya, setelah penat turun naik pejabat membantu teman lelaki yang dicintainya itu dan menuduh pihak berkuasa kejam, wanita tersebut menjadi mangsa penipuan, dan inilah yang kita kesalkan dengan segelintir sikap rakyat Malaysia," kata rakan penulis.

Persoalannya di sini, kita sebagai rakyat tempatan juga harus tahu dan memikir secara mendalam, kenapa warga Afrika itu sanggup datang ke negara ini.

Mereka kebanyakannya datang dari negara-negara Afrika yang dilanda pelbagai masalah, selain ekonomi yang tidak stabil. Sudah pasti tekad mereka untuk melakukan apa sahaja yang mampu di Malaysia bumi bertuah ini, asalkan taraf ekonomi mereka meningkat.

Dari situ jugalah, bermulanya episod penipuan Awang Hitam. Mereka sanggup berlakon dan menyamar kononnya jatuh cinta dengan wanita Malaysia, memperdayakan mangsa yang kesepian sehingga wanita itu sanggup memperjuangkan nasib teman lelakinya sekiranya dia ditangkap, akhirnya dia tertipu.

Apabila menyentuh tentang jenayah dadah pula, kita tidak dapat lari daripada membicarakan pembabitan warga Afrika dengan kes ini. Bukti terbaru yang menggerunkan kita adalah kejadian seorang lelaki warga Nigeria yang mati ditembak kerana mengamuk dalam wad Hospital Kuala Lumpur (HKL), baru-baru ini.

Kejadian seperti ini tidak pernah berlaku, dan Awang Hitam yang mati ditembak ini mencipta sejarah sebagai suspek kes dadah pertama ditembak kerana bertindak agresif dalam wad hospital. Setelah dibedah siasat, lelaki itu dikatakan menelan 34 ketulan dadah jenis syabu dalam perutnya untuk dibawa masuk ke Malaysia.

Mungkin ketulan dadah yang ditelan itu pecah di dalam perut menyebabkan lelaki Afrika tersebut bertindak agresif, dan apa yang terjadi di wad HKL pada Sabtu lalu, mengejutkan semua rakyat Malaysia.

Inilah satu lagi contoh sifat keras hati warga Afrika. Mereka sanggup lakukan apa sahaja asalkan dadah itu dapat diseludup masuk dan diedarkan di Malaysia.

Kita tidak mahu kejadian seperti ini berulang dan kesannya akan memudaratkan rakyat kita. Kes pertama seperti ini tidak sewajarnya berulang lagi sehingga meragut nyawa mana-mana pesakit dalam wad. Sesuatu perlu dilakukan agar kebanjiran warga Afrika ini dikawal.

Janganlah ada pihak yang cuba menyalahkan polis yang terpaksa menembak lelaki agresif itu. Apa lagi yang perlu dilakukan sekiranya dia bertindak mengancam keselamatan pesakit-pesakit lain.

Langkah Kementerian Dalam Negeri memperkenalkan program 6P setidak-tidaknya membolehkan kita mengesan sebanyak mana bilangan warga asing khususnya dari benua Afrika yang berada di negara ini.

Dianggarkan lebih 3,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Afrika sudah mendaftar menerusi program itu, dan sejumlah 29,000 daripada warga Afrika berada di Malaysia secara sah di negara ini menerusi pelbagai jenis pas termasuk kira-kira 23,000 daripadanya adalah pelajar.

Selebihnya pula, sama ada mempunyai suami atau isteri rakyat Malaysia dan bertugas di Malaysia, jumlah hampir 30,000 warga Afrika yang berada di negara ini, boleh dianggap minoriti tetapi bagaimana pula dengan impak terhadap jenayah yang dilakukan segelintir daripada mereka?

Kepada rakyat Malaysia, jangan anggap Awang Hitam ini semuanya pemberi masalah, tetapi jangan pula kita terpedaya dengan helah mereka.

Sumber : http : //www.utusan.com.my/

No comments: