Komen : Kita yang mentadbir Kerajaan Negeri Selangor ,Pengundi tegar Pakatan Rakyat,penyokong serta yang baru sedar nak menyokong Pakatan Rakyat malah nak mengundi Pakatan Rakyat PRU13 nanti sewajarnya KENA BERSANGKA BURUK DENGAN UMNO/BARISAN NASIONAL bertujuan supaya lebih berhati-hati kerana PM Malaysia sekarang adalah Pengerusi BN dan merangkap Pengerusi UMNO Negeri Selangor. Kita dah lihat dan dengar bagaimana Pengerusi UMNO merangka Pengerusi PEKEMBAR Malaysia ini mengatakan Pilihan Raya ke 13 ini adalah 'luarbiasa' dan beliau kata kena bermati-matian mempertahankan PutraJaya dan menunjukkan kesanggupan melakukan apa saja untuk menang lebihlagi nak merampas semula negeri terkaya (Selangor) dari Pakatan Rakyat.
Nasihat Teman : Sudah sepatutnya ada Spy atau pengintip atau inteligent Pakatan Rakyat di letak di dalam Syabas. Sabotaj boleh dilakukan untuk menyusahkan dan memburukkan Negeri Selangor yang makmor ini.
TINDAKAN UNDANG-UNDANG KPD SESIAPA YANG CUAI CEMARKAN AIR SUNGAI ~ TS KHALID IBRAHIM
SHAH ALAM, 6 DISEMBER : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengarahkan pengawal selia air negeri serta juruaudit operasi dari perunding antarabangsa Halcrow untuk memeriksa empat loji rawatan bersama pegawai operasi Syabas bagi menyiasat punca pencemaran yang menyebabkan kekeruhan berlaku di empat loji berkenaan.
“Kerajaan Negeri Selangor bimbang dengan kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) tentang kemungkinan berlakunya gangguan bekalan air di lapan wilayah Syabas di seluruh negeri dan Kuala Lumpur akibat kandungan kekeruhan luar biasa di Sungai Selangor,” kata Abdul Khalid dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Sekretariat Media Pejabat Dato’ Menteri Besar hari ini.
Menurut Abdul Khalid, empat loji yang terlibat air Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3), dan Loji Rawatan Air Rantau Panjang sehingga mengakibatkan pengurangan pengeluaran air bersih kepada pengguna.
Satu laporan juga akan disediakan untuk dibentangkan pada mesyuarat majlis kerajaan negeri (MMKN), Rabu ini. Lembaga Urusan Air Selangor dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor juga akan dipanggil untuk memberi penjelasan penuh tentang kejadian ini serta mencari jalan penyelesaian supaya perkara ini tidak berulang.
“Kerajaan Negeri tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuai sehingga menyebabkan pencemaran ini berlaku.
Kerajaan Negeri menyeru agar Syabas membuat persediaan yang secukupnya sekiranya berlakunya gangguan bekalan air dan menasihatkan pengguna supaya berjimat cermat menggunakan air,” katanya.
Posted by mySAS
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment