Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, December 5, 2011

APA NIE ! HENTAM MUKHRIZ PUJI PR

Inilah tulisan Flyingkick yang tak mengherankan teman tapi mungkin orang lain yang mana orang akan terfikir kenapa beliau hentam Mukhriz yang berdarah UMNO tapi memuji (Tak taulah perli tak faham kut?) Pakatan Rakyat.

Sedap betul Mukhriz membahasakan Pakatan sebagai 'kemere' dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat dan ketandusan idea membantu rakyat.

'Kemere' dalam loghat Kedah bermaksud 'cikai'. Takkanlah Mukhriz tak nampak apa yang telah dilakukan oleh Pakatan sepanjang mereka mentadbir negeri-negeri di Malaysia nih?

Bukankah Selangor lebih maju dan prasarana di Selangor setaraf dengan negara kelas satu? Bukankah Pulau Pinang sangat hebat dengan segala macam inisiatif oleh kerajaan DAP? Mana ada orang merempat di Pulau Pinang semenjak DAP jadi kerajaan negeri. Mana ada orang miskin di Selangor semenjak PKR jadi Menteri Besar dan DAP jadi tukang penasihat.

Tengok Kedah dan Kelantan. Rakyat kedua-dua negeri itu hidup sejahtera, senang lenang dan serba selesa macam hidup dalam syurga. Tak perlu kerja, tak perlu takut apa-apa. Semuanya terjamin.

Jadi, Mukhriz tentu telah membuat fitnah dengan menyalahkan kerajaan Pakatan Rakyat sebagai kerajaan cikai yang tidak tahu apa-apa untuk menaikkan taraf kehidupan rakyat di negeri-negeri yang mereka tawan.

Siapalah agaknya yang memberikan Mukhriz tonik kuat untuk mengeluarkan
kenyataan macam tu?

No comments: