Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, December 5, 2011

BAGUSNYA PRU13 RAKYAT BERI MANDAT KEPADA PAKATAN RAKYAT!

Teman memang setuju bila DSAI mengumumkan sebaik Pakatan Rakyat memenangi Putrajaya dan keseluruhan besar negara di menangi ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakayat yang terdiri dari parti PAS, PKR dan DAP maka harga minyak petrol Malaysia akan diturunkan.

Ramai menelah punca masalah ekonomi global sekarang adalah disebabkan oleh kenaikan harga petroleum dan pengurangan pengeluaran berasaskan barangan makanan dunia.
Malaysia, bumi bertuah ini yang kaya dengan hasil petroleum dan mempunyai bumi yang subur untuk aktiviti pertanian ini tidak dapat lari daripada tempias yang meresahkan semua orang.
Kita tahu pada tahun 2008, kita telah lalui pengalaman yang memeritkan apabila harga makanan naik sehingga 8.8 peratus, akibat daripada kenaikan mendadak harga minyak dan petrol. Malah selepas itupun, harga barangan dan makanan terus mengalami kenaikan dan khabarnya, sepanjang enam tahun dari tahun 2004 harga makanan telah naik sebanyak 30 peratus sedangkan kenaikan upah di negara ini puratanya sekitar 2.6 peratus dari tahun 2001 sehinggga 2010.Ini ditambah lagi dengan kenaikan tol dalam negara yang seolah-olah pihak syarikat konsesi terlepas pandang dengan masalah rakyat.
Kita dah maklum dan rakyat yang tidak tahu perlu tahu negara kita adalah kaya dengan hasil petroleum di Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak dan dianugerahkan pula oleh Allah SWT dengan muka bumi yang subur dan selain mempunyai modal insan yang cemerlang, masih lagikah kita mahu berterusan menyalahkan faktor luaran sebagai punca kepada permasalahan ekonomi negara kita?
Persoalannya sampai bila ? Rakyat sebenarnya sudah muak dengan alasan demi alasan yang telah diberikan oleh kerajaan.
Ramai dah sedar malah peneroka FELDA , FELCRA dan pekebun kecil RISDA tahu PENGURUSAN EKONOMI NEGARA AMAT TERUK DIURUSKAN OLEH KERAJAAN BN DIMANA UMNO ADALAH PENERAJU YANG MUKA TAK MALU.

Elok selalu-selalu perhatikan negara jiran terdekat kita negara Singapura misalnya. Apa yang negara Singapura ada yang membolehkan taraf hidup rakyatnya lebih baik berkali-kali ganda daripada kita?

Apa Pelan Jangka Masa Panjang Kerajaan BN?
Asyik2 suruh jimat cermat, yang pemimpinnya berjoli sakan ,bagi kroni berjuta-juta sbg pinjaman tapi bila menyeleweng tidak disalahkan.

Pelan Jangka Masa Pendek.

1) Kerajaan perlu bersedia tidak meneruskan kedai 1Malaysia jika untuk politik tanpa menjaga kualiti barang yang dijual.
Kerajaan juga harus mengurangkan kedai besar/Supermarket jika tidak memperuntukan lot kedai kecil didalamnya dengan kos sewa yang berpatutan untuk dibuka kepada peniaga dan usahawan tempatan tanpa dialibaba. Kedai besar harus memberi peluang sebesar-besarnya kepada rakyat membekal dan menghantar hasil ladang dan hasil tangan.

2) Kerajaan perlu harus lebih berhati-hati dalam perbelanjaan pengurusannya. Sewajarnya juga, PLKN yang menelan belanja tahunan melebihi angka RM500 juta itu perlu ditutup terus atau ditangguhkan dahulu sehingga ekonomi kembali pulih atau ditukarkan sahaja kepada sebarang aktiviti tambahan yang sama di peringkat sekolah, kolej atau Universiti yang bersesuaian.
3). Menarik kembali subsidi korporat berjumlah RM19 bilion yang diberikan kepada elit termasuklah syarikat IPP.
4). Memperkemaskan lagi agensi penguatkuasaan kerajaan yang memainkan peranan kepada penyumbang kepada pendapatan negara. Ini semua merupakan sumber hasil pendapatan dan merupakan duit kerajaan yang perlu dibelanjakan dan diimbangi dengan berhemah oleh pihak pemerintah.

No comments: