Komen : Pokoknya DS Najib berjaya menyeronokkan ahlinya dengan memberi peluang perwakilan UMNO bercakap,berucap dan bercakap. Perwakilan ditipu dengan penangguhan pemilihan UMNO bukan perhimpunan sahaja.
KUALA LUMPUR, 3 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Perhimpunan Agung UMNO 2011, yang berakhir hari ini, mencapai empat objektif yang ditetapkan dan meletakkan anggota parti dalam keadaan siapsiaga untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Objektif pertama beliau mahukan perhimpunan itu menggambarkan UMNO satu parti yang ampuh dan bersatu serta menyakinkan berjuta rakyat dan pengundi bahawa UMNO adalah sebuah keluarga dan sebuah organisasi politik serta teras politik tanah air dalam keadaan kukuh dan padu.TETAPI PM KANTOI LAGI perwakilan hadir ramai kerana diberi elaun dan kemudahan. Pengerusi UMNO Malaysia tidak dapat mandat dan sokongan penuh kerana berlaku porak peranda apabila tidak ada pemilihan baru.
Objektif kedua pula, beliau mahukan perhimpunan itu membuktikan UMNO sebagai sebuah parti bermaruah dan berada dalam tahap kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya.TETAPI PM KANTOI LAGI bila pemimpin dalam UMNO dan kabinetnya nampak terlibat dengan rasuah yang berselirat contohnya Shahrizat dan keluargany berkaitan kes NFC..
“Objektif ketiga, saya ingin supaya melalui perhimpunan ini kerajaan mendapat sokongan gagasan kita untuk membawa perubahan yang besar kepada negara kita yang kita gagaskan sebagai pelan transformasi nasional,” katanya.TETAPI PM KANTOI LAGI apabila ramai ahli UMNO tak faham transformasi apa dan apa yang Najib transformkan?
Dalam objektif keempatnya, beliau mahukan perhimpunan itu menjadi pengisian dan memberi isyarat serta mesej yang jelas bahawa 12.4 juta pengundi dan 28 juta rakyatMalaysiaboleh meletakkan keyakinan bahawa UMNO.TETAPI PM KANTOI LAGI bila ramai rakyat berbangsa Cina enggan mengundi BN lagi dan ditambahlagi dengan kebangkitan dan kesedaran peneroka menyaman Kerajaan BN atas penipuan yang telah berlaku bertahun lamanya.
Najib berkata perhimpunan kali ini juga telah mencipta satu sejarah apabila ia diakhiri dengan satu ikrar atau bai’ah yang diketuai oleh timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin bertujuan untuk sumpah setia dan taat kepada parti dan pemimpin.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
assalamualaikum
Tranformasi yang disungguhkan oleh beliau untuk negara membawa arus tranformasi kepada camp Umno dan parti-parti didalam Bn(barisan nasiaonal)untuk mengharungi badai kebangkitan rakyat Malaysia yang ada sekarang atas nama Kesedaran dan keselamatan negara.Tranformasi yang dimaksud oleh beliau semacam jirusan air keatas ketiduran,kelesuan dan kealpaan rakyat malaysia yang membolehkan mereka bangun dan bangkit .Tranformasi ini bukan seperti cerita atau movie transformer yang boleh ubah pelbagai bentuk tapi ia mempunyai rupa perancangan dan strategi untuk menguatkan bentuk dan bangun diri mereka(BN)menghadapi musuh yang disorak sorai dihimpunan Umno baru-baru ini.Tranformasi yang bakal berjalan yang dijalankan oleh beliau adalah tranformasi yang bakal diterima oleh rakyat yang rata-ratanya khususnya golongan yang ada akal,ilmu,darah muda,semangat kental,tahan lasak,beristiqamah,cinta dan berdaya maju.Mereka-mereka inilah yang akan membuat format dan platform perlengkap untuk menjaringi akan tranformasi-tranformasi yang mengelirukan dan tiada guna.
tranformasi BN ala transformasi citer kartun Transformer ialtu macam robot yang di arah.
Post a Comment