Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, November 18, 2011

TAKBIR ! KETUA POLIS MASUK PAS

Bekas Ketua Polis Sertai Pas

TAIPING, 18 Nov: PAS Perak menerima keahlian baru daripada tokoh besar apabila Bekas Ketua Polis Daerah Slim River, Tn Hj Abdullah Omar bertindak menyertai pati itu.

Menurut beliau, penyertaan ke dalam PAS baru-baru ini dibuat atas dasar kesedaran dan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah.

Hj Abdullah berkata, beliau mahu berjuang bersama PAS untuk menentang penyelewangan, salah guna kuasa, rasuah dan sebagainya yang sudah menjadi barah dalam pentadbiran kerajaan.

“Saya tahu wajah BN sebenar, hanya bermuka-muka di depan rakyat sedangkan parti itu sungguh teruk dan busuk,” katanya ketika memberi ucapan di Liqa’ Fikri PAS Perak di Air Kuning, Taiping.

Turut serta pada program itu Pasuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Husin dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

“Saya berazam akan berjuang bersama PAS bagi memperjuangankan Islam hingga ke akhir hayat,” ujarnya lagi.

Kini beliau bersama-sama PAS Perak dalam Program ‘Jom Masuk PAS’ menjelajah seluruh negeri bagi menarik masyarakat khususnya bekas kakitangan kerajaan.

Sebelum ini, PAS Perak menerima ahli baru daripada dua tokoh yang dikenali iaitu bekas Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Adnan Ibrahim dan bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid.Hrkh
ihsan TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

1 comment:

Takafulnn said...

Alhamdulillah,,,, Tahniah dan Syabas Tuan,,, Yakin lah akan perjuagan kita,, Sesungguhnya Syurga adalah cita2 kita,dan ianya Teramat susah dan memerlukan pengorbanan yg tinggi untuk memasukinya,,,,,,, bersusah2 sekarang dan bersenang2 kemudian...
Takbir