Kini peluang dan ruang untuk kerajaan merayu mahu AUKU diguna? Kalau tak malu cubalah, sebab ramai menteri UMNO tak setuju Akta AUKU di gunakan contohnya Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.
Syabas atas kemenangan 4 pelajar dalam mahkamah rayuan kerana sebelumnya telah dihukum sebab terlibat dalam PRK Hulu Selangor April Tahun 2010 memperjuangkan pemansuhan Akta AUKU yang mengekang pelajar dari melibatkan politik walaupun ada diantaranya memang mengambil jurusan sains politik. Dan di waktu yang sama pelajar UMNO boleh buat kelab UMNO di luar negara walaupun BN kata itu adalah pertubuhan NGO. Tapi bagaimana NGO ? kerana wakilnya boleh hadir dan berucap di perhimpunan agung UMNO?
Kabinet belum membuat sebarang keputusan lagi sama ada akan merayu terhadap keputusan mahkamah berhubung Akta Universiti dan Universiti Akta Kolej (AUKU).
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah merujuk kepada Pejabat Peguam Negara sama ada akan merayu terhadap penghakiman mahkamah baru-baru ini bahawa Seksyen 15 AUKU adalah tidak sah dan mencabul kebebasan bersuara.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata beliau telah memberi taklimat kepada kabinet mengenai perkara itu hari ini dan ia memutuskan untuk menunggu nasihat AG untuk tindakan lanjutnya, lapor The Star.
Sebelum ini, lamanweb sebuah akhbar bahasa Cina, yang memetik sumber-sumber kabinet hari ini, melaporkan Kabinet telah membenarkan KPT membuat rayuan terhadap penghakiman tersebut.
Laporan itu memetik sumber-sumber itu berkata keputusan itu dibuat kerana keputusan Mahkamah Rayuan itu dianggap "bercanggah dengan semangat pemisahan kuasa".
Lamanweb itu melaporkan jika penghakiman itu dijadikan duluan (precedent), maka ia akan memberi kesan kepada kes-kes pada masa akan datang dan oleh itu kabinet berpendapat perlu untuk membuat rayuan.
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, juga dalam Twitternya menulis bahawa China Press melaporkan kabinet memutuskan untuk merayu keputusan tersebut berkaitan dengan UKM4.
Menurutnya, beliau juga mendengar perkara yang sama dari sumber-sumber.
Sementara itu, dalam reaksinya, peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili empat bekas pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, berkata ia adalah hak kerajaan untuk merayu.
Pelajar terbabit, semuanya bekas ahli Majlis Tertinggi Kelab Sains Politik UKM, ialah Hilman Idham (presiden), Ismail Aminuddhin (naib presiden), Azlin Shafina Adzha (setiausaha agung), Wong King ChaƬ (exco).
Mereka ditahan polis sewaktu pilihan raya kecil Hulu Selangor April tahun lepas dan kemudiannya menghadapi prosiding tatatertib oleh UKM pada 4 Julai tahun ini.
Walaupun didapati tidak bersalah oleh lembaga universiti, tetapi mereka telah memohon perisytiharan mahkamah bahawa Seksyen 15 (5) (a) adalah tidak sah.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment