Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, November 4, 2011

IDEA CIKAI , YANG MENGURUS BINGAI !

Lembaga Hasil Dalam Negeri Membazir Wang Rakyat? Apataknya, idea nak bagi RM500 kepada keluarga yang berpendapatan bawah RM3,000 berjumlah RM1,800,000,000 tapi tak tahu nak buat cara mana. Akhirnya kena tambah bajet kerana LHDN yang akan menguruskannya akan ambil 2,000 pekerja semata untuk mengagihkan wang tersebut.
Gaji anggara seorang pekerja RM1,500 maka jika 2,000 orang berapa ? Kalau setahun berapa plak? kalau 3 tahun ???? Kan bongok punya kerja?
Cadangan Teman : Kalau dah nak bagi , apa salahnya guna data pada sekolah rendah dan menengah. Kalau RM500 bagi hanya kepada ikut bapa maka data boleh dipusatkan 1 bapa sahaja waima anaknya ada di sekolah rendah, di sekolah menengah dan di sekolah agama atau tahfiz maka keluarga itu akan dapat RM500. Tugas ini boleh diletakkan pada kakitangan di kementerian Pelajaran yang ramai tu. Tak perlu pekerja sementara. Pada kakitangan yang buat kerja boleh beri kerja lebih-masa itu sahaja.


Keputusan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mengupah 2000 pekerja tambahan bagi menguruskan permohonan bayaran wang bantuan RM500 kepada setiap keluarga berpendapatan kurang daripada RM3000 disifatkan sebagai tindakan tergesa-gesa, kata Adun Kampung Tunku Lau Weng San.

Langkah yang diumumkan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengejutkan rakyat Malaysia, bahkan membuktikan ketidakcekapan urus tadbir kerajaan persekutuan.

Weng San dalam kenyataan medianya menyifatkan, keputusan untuk memberi bantuan itu sebagai tindakan "mi segera" daripada kerajaan persekutuan yang perlu diselit ke dalam Bajet 2012 pada saat-saat akhir sehingga tidak menjangka bahawa seramai 2000 pekerja tambahan diperlukan untuk menjalankan proses ini.

Weng San berkata, untuk melaksanakan program ini, kerajaan persekutuan t memperuntukan sejumlah RM1.8 bilion.

Jelasnya, mengikut angka daripada LHDN, terdapat kira-kira 3.5 juta keluarga di seluruh Malaysia dengan pendapatan isi keluarga kurang daripada RM3000 sebulan.

"Justeru, daripada RM1.8 bilion yang diperuntukkan, sebanyak RM1.75 bilion adalah untuk menampung pembayaran kepada 3.5 juta keluarga ini.

Peruntukan yang selebihnya, iaitu RM50 juta ialah peruntukan luar jangka kepada keluarga-keluarga dengan pendapatan kurang daripada RM3000 yang belum berdaftar dengan LHDN," katanya.

Dengan perkataan lain, daripada peruntukan RM1.8 bilion ini, kerajaan persekutuan langsung tidak memperuntukkan satu sen pun untuk menampung perbelanjaan emolumen.

Adakah kerajaan persekutuan mendapati terdapat banyak kepincangan dengan dasar ini sehingga mereka perlu mengupah 2000 pekerja tambahan dan kos ini akan dimasukkan kemudian dalam Bajet Tambahan?," soalnya.

Tambah beliau, sekiranya 2000 pekerja tambahan diperlukan dengan gaji purata mereka adalah RM1500 sebulan, maka kerajaan persekutuan perlu membelanjakan RM3 juta sebulan ataupun RM36 juta setahun.

Selain itu, Weng San turut mempertikaikan tindakan kerajaan persekutuan menggunakan tenaga kakitangan sedia ada untuk melaksanakan dasar ini dengan alasan ia adalah sebagai alat pancing undi.

"Jikalau ini yang berlaku sebenarnya, maka jelas menunjukkan kerajaan persekutuan tidak merancang program ini sebaik-baiknya daripada permulaaan.

Malahan kerajaan persekutuan di bawah UMNO pula cuba menggunakan duit kerajaan untuk memperkayakan ahli-ahli mereka sendiri," selar Weng San.

No comments: