Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, November 4, 2011

INI YANG DINAMAKAN KERAJAAN BURUK SIKU, PAKSA RAKYAT IKUT BUKU

Komen : Jeng, Jeng, Jeng !.... Kerajaan BN sudah terlalu terdesak dan merapu akibat tidak dapat terima fenomena dan fakta bahawa rakyat Malaysia tidak lagi terima jasa dan kerja mereka(BN/UMNO) pada rakyat selama ini. Mereka (BN/UMNO) masih tak faham walau berbilion bajet diturunkan (Tapi yg berbilion masuk poket melalui projek yg kebanyakan bermasalah , tapi komisyen masyukkk juga) rakyat majoriti tidak lagi bersimpati malah membenci . Mereka (BN/UMNO) pening kepala rakyat lebih 60% dan kini hampir 80% tidak mahu mengundi BN lagi. Sedemikian , mereka(BN/UMNO) akan menyenarai dan memaparkan kebaikan yg kununya terselindung seperti subsidi makanan dan perubatan serta yang lain kelak untuk dikenang dan dikasihani rakyat.

Mulai tahun depan, orang ramai yang mendapatkan rawatan kesihatan dan perubatan di hospital kerajaan akan menerima bil yang memperincikan jumlah subsidi ditanggung kerajaan berbanding kos dibayar rakyat.
Sehingga kini, pembiayaan kerajaan untuk meringankan beban rakyat bagi aspek kesihatan mencecah sehingga 98 peratus daripada keseluruhan peruntukan untuk dua tahun sejak 2010.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (BN-Bentong), berkata langkah itu bagi membolehkan pesakit lebih memahami keseluruhan kos dan subsidi yang dibiayai kerajaan untuk sektor kesihatan.

“Bil lengkap itu akan membolehkan pesakit tahu harga sebenar yang dibiayai kerajaan untuk mereka dan memudahkan orang ramai memahami subsidi yang ditanggung kerajaan untuk manfaat rakyat,” katanya semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) yang mahu Menteri Kesihatan menyatakan jumlah subsidi yang ditanggung kementerian dalam memberi rawatan serta ubat secara percuma kepada rakyat bagi 2010 dan anggaran 2011.

Liow berkata, sepanjang tahun lalu, kerajaan memperuntukkan RM14.76 bilion bagi penjagaan kesihatan dan rawatan perubatan rakyat, berbanding kutipan yang diperoleh hanya RM311.2 juta.
“Daripada jumlah itu, tanggungan kerajaan mencecah RM14.45 bilion atau 98 peratus daripada keseluruhan peruntukan.

“Begitu juga bagi tahun ini apabila sehingga September lalu, kerajaan menanggung RM12.44 bilion dengan kutipan RM238.5 juta sekali gus menjadikan pembiayaan kerajaan sebanyak RM12.2 bilion yang juga 98 peratus daripada peruntukan yang disediakan,” katanya.

Liow berkata, peruntukan itu membabitkan perbelanjaan Kementerian Kesihatan kepada penduduk negara ini termasuk subsidi rawatan ubat kepada pesakit, Institut Jantung Negara (IJN), pusat hemodialisis dan membiayai pesakit kurang mampu menerusi Tabung Bantuan Perubatan.

Menjawab soalan tambahan Mohamed supaya dipermudahkan proses mendapatkan bantuan untuk menjalani rawatan di IJN, beliau berkata permohonan boleh dikemukakan kepada Tabung Bantuan Perubatan.

“Tahun lalu, RM57 juta dibiayai untuk bantuan rawatan IJN, manakala sehingga September lalu pula mencecah RM58 juta,” katanya.

Mengenai subsidi rawatan di pusat hemodialisis pula, kerajaan membiaya RM24.15 juta kepada 3,346 pesakit, manakala sehingga tahun ini pula, sebanyak RM33 juta dibelanjakan kepada 3,500 pesakit.

Selain itu, perkembangan perubatan juga membantu meningkatkan tahap kesihatan apabila kadar kematian ibu mengandung dikurangkan kepada hanya 27 daripada 100,000, berbanding 350 ketika negara mencapai kemerdekaan pada 1957, manakala kematian bayi juga menurun kepada hanya enam daripada 1,000 kelahiran.

sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/ar...lambil/Article

No comments: