Kalau dah main juta2 ringgit sebagai rakyat mesti kena tahu.. Sebagai contoh jika orang ambil duit kita untuk bisnes tapi projek itu entah ke mana.Pasti kita nak tahu perkembangan projek tersebut.
Tapi sekarang sudah terbukti projek ini TAK BERJAYA... dalam UTUSAN, KOSMO, BERITA HARIAN dan lain2 tak der tunjuk berita macam ini.. Oleh sebab itu MILOSUAM pergi siasat bagus la... Kira baguslah usaha MILOSUAM.
Anda semua tahu atau tidak apa maksud sebenar FIDLOT (Sistem ternak lembu gunakan dalam kandang)..? dan bagaimana pula makna FEED THE LORD ( beri makan orang besar ). Syarikat diujudkan sebagai topeng untuk mereka buat transaksi keluar wang/duit. Habis target berapa ratus tan setahun tak dapat capai target LANGSUNG. Betul punya main duit RM275 mil. aku rasa diorang dah tahu yg PRU13 diorang akan gagal...jadi cepat2 la belasah apa yg patut. Puak pembangkang perintah sibuk selesaikan hutang....BN perintah tambahkan hutang. Lagi lama tergadai semua jadi macam negara Greece. Jadi pada yang tak sedar diri tu renung2kan lah.
source: http://milosuam.blogspot.com/2011/11/pintu-pagar-ditutup-bila-kami-sampai-di.html#ixzz1cmkGvPTe
Rombongan Lawatan Sambil Belajar Ke Kawasan Ternak Lembu Fedlot Shahrizat Di Halang. Beberapa hari lepas, Menteri Pertanian dan Indsutri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar telah berkata, pintu pusat fidlot akan dibuka kepada sesiapa sahaja untuk dilawati sebagai bukti ketelusan kerajaan dalam penganugerahan projek itu. tapi…
GEMAS 3 Nov: Rombongan pimpinan KEADILAN yang membuat lawatan ke Pusat Fidlot Kebangsaan hari ini dihalang daripada masuk meninjau ladang lembu itu.
Rombongan itu yang dianjurkan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dan Adun Sikamat, Aminuddin Harun disertai kira-kira 30 orang termasuk wartawan dan aktivis NGO, Jingga 13. Rombongan itu tiba di pusat fidlot itu yang dimiliki National Fidlot Corporation (NFC) pada kira-kira jam 12.40 tengahari namun dihalang pihak keselamatan yang enggan membuka pintu pagar utama.
Rafizi Ramli cuba berunding dengan pengawal keselamatan dan menjelaskan bahawa KEADILAN sendiri telah menghantar surat rasmi kepada pihak (NFC). Malah, kata Rafizi, Menteri Pertanian dan Indsutri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar sendiri sebelum ini pernah menegaskan yang pintu pusat fidlot itu akan dibuka kepada sesiapa sahaja untuk dilawati sebagai bukti ketelusan kerajaan dalam penganugerahan projek itu.
“Ini kemudahan kerajaan. Bukan milik swasta,” kata Rafizi merujuk kepada RM250 juta yang dilaburkan kerajaan BN kepada NFC yang dimiliki keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil. “Kita datang berdasarkan jemputan daripada Menteri Pertanian. (Beliau kata), sesiapa yang mahu datang, beliau akan buka pintu,” kata Rafizi lagi.
Pengawal keselamatan yang menjaga pagar kemudiannya berkata beliau menerima arahan daripada majikannya yang mengarahkan agar tidak menerima sesiapa untuk melawat hari ini.
Rafizi kemudiannya cuba berunding agar NFC membenarkan wartawan untuk masuk dan meninjau kawasan ternakan lembu seluas 5 ribu ekar dan didakwa menternak sehingga 1500 ekor lembu pada satu-satu masa itu.
Beliau juga meminta pengawal keselamatan itu memanggil mana-mana pegawai NFC untuk berunding namun kedua-dua permintaan itu tidak dihiraukan. Malah, pengawal keselamatan itu juga mengugut untuk memanggil polis jika rombongan itu tidak bersurai dalam masa 10 minit.
Namun anehnya, di dalam pagar NFC sendiri kelihatan 3 orang lelaki yang kelihatan seperti polis Cawangan Khas membuat rakaman video ke atas rombongan terbabit.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment